Pages

Selasa, 28 November 2023

Mari Berkenalan dengan Ketam Fama

Bismillahirrahmanirrahim.
Banyak jenis ketam yang ada di negara kita termasuk:
  • Ketam Bunga
  • Ketam Suri
  • Ketam Nipah
  • Ketam Batu
  • Ketam Biru
  • Ketam Bakau
  • Ketam Lumpur
Dan kali ini Amie perkenalkan Ketam Fama. Ketam Fama jarang dijumpai atau dijual di pasar. Menurut penjualnya, hanya setahun sekali bekalan ketam fama dapat dipasarkan. Ketam fama di Eco Fresh Lahad Datu datangnya dari Tambisan.

Ketam Fama

Harganya RM35.00 sekilogram. Kalau dijual diluar Eco Fresh, mungkin jauh lebih mahal.


Warna Ketam Fama ini merah, dan cengkerang dan sepitnya agak berbeza berbanding ketam biasa. Apabila diterbalikkan, bahagian bawahnya seakan-akan perut belangkas pula.


Sesungguhnya ciptaa Allah itu ada kalanya tak terjangkau oleh akal fikir manusia. 
Subhanallah.


20 ulasan:

  1. SA pernah makan kak..adik SA yang bongsu tu kan kerja Jabatan Perikanan..ada yang bagi kat dia dalam 10 ekor..SA masak sos rasanya masa tu..sedap..di bahagian kepala dia tu penuh dengan telur..sedap betul..puas SA makan..isinya pun manis kak..memandangkan ianya rare so adik SA kata harganya sedikit mahal di semenanjung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seumur hidup inilah kali pertama Kak Amie jumpa ketam fama. Agaknya hanya tempat tertentu sahaja yang ada ketam ini. Ada yang panggil ketam merah.

      Padam
  2. tak pernah jumpa ketam jenis ni di pasaraya kat sini kak... nnti kalau dah masak kongsikan lah kak rupa bila dah belah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okey Dana.
      Nanti ada masa Kak Amie kongsikan rupa ketam yang dibelah.

      Padam
  3. mcm2 jenis ketam ye ada...biasa yg slalu dgr ketam nipah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Rupanya ada lagi jenis ketam yang kita tak ketahui.

      Padam
  4. Tak pernah tengok ketam ni. Ketam2 semua sedap kan, masak la apa pun.

    BalasPadam
  5. Baru tahu kewujudan ketam fama ni. Yg saya kenal hanya ketam bunga dan ketam nipah je :)

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Betul SK. Banyak sungguh makhluk Allah yang dicipta.

      Padam
  7. Oh iya yaaa, capitnya berbeda 👍. Baru lihat pula saya. Jadi tahu ada jenis2 lain dari kepiting ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Fanny. Dari keluarga kepiting tapi ada beza terutama cengkerang dan sepitnya.

      Padam