Pages

Isnin, 20 November 2023

Bubur Kacang Hijau Durian Lagi....

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal November 2023, Amie bawa sebelanga bubur kacang hijau. Ceritanya di sini: BUBUR KACANG HIJAU 3 RASA YANG SANGAT SEDAP!. Sebenarnya ada seorang kawan yang teringin makan dan hendak tempah dengan Amie. Amie tak mahu terima tempahannya, sebaliknya Amie bawa sebelanga ke tempat kerja dan makan bersama rakan-rakan. Amie harap kawan yang teringin makan itu sudah tertunai keinginannya. Katanya, dia ambil tiga mangkuk. Alhamdulillah. Maknanya bubur itu dapat diterima dan memenuhi selera.

Minggu hadapannya, kawan tadi tiba-tiba hulur RM100, dan minta Amie buatkan bubur lagi! Katanya, hendak belanja makan kawan-kawan. Hurrmmm... entah kali ke berapa, akhirnya Amie pun terimalah permohonannya. Hari Jumaat minggu lepas, sekali lagi Amie bawa sebelanga Bubur Kacang Hijau Durian yang masih panas!

Bubur Kacang Hijau Durian

Isi durian yang Amie tambahkan dalam bubur kacang hijau.


Sempat beli lima biji durian seberat tujuh kilogram. Apabila sudah dibuang kulit, berat isinya lebih kurang 3 kilogram lebih.

Bubur Kacang Hijau Durian yang masih panas dan lemak manis! 

Bubur Kacang Hijau Durian

Itulah cerita bubur kacang hijau durian. Entah di mana sedapnya. Mungkinkah rasanya yang lemak manis. Atau disebabkan ada tambahan jagung krim dan jagung biji serta sagu biji. Atau juga disebabkan ada tambahan halia dan bawang putih? Pada Amie, kuah bubur kacang hijau durian ini sangat sedap kalau dapat dicecah roti!


7 ulasan:

  1. Menarik juga bubur kacang hijau campur jagung krim tu.
    Belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  2. sy bukan peminat bubur kacang... tp kalau dah dicampur biji sagu dan jagung mmg menggoda sungguh nak makan... ada peminat tersendiri bubur kacang lemak berkrim akak.. sampai sanggup nk order semata-mata nk makan bubur kacang favourite

    BalasPadam
  3. Woahhh.. ada halia ya. Masa kecik² dulu sy paling tak suka ada halia dalam bubur kacang, hihi. Sampai sekarang.. tapi citarasa orang lain² kan. Tentu seronok kawan² Kak Amie menikmati bubur kacang durian tu.

    BalasPadam
  4. Sy peminat tegar bubur kacang 😁
    Masa arwah mak ada dulu, setiap kali balik kampung mesti mak sediakan bubur kacang wpun tak minta :)
    Bubur kacang durian cicah roti memang sedap Kak Amie

    BalasPadam
  5. Nampak menarik tapi sygnya SA x makan plak..dulu kecik2 suka..dh tua2 ni x suka...tapi kalau hidang SA durian tu sebiji dua..pasti x tolak..hahaha..

    BalasPadam
  6. Kak Amie, dari foto penampakan saja dah confirm lah itu sedap ❤️❤️❤️😄. Seandainya saya di sana, saya pun pasti nak order ke kak Amie 😅. Tapi kali ini dah saya save resep nya, tinggal cari bahan2 trutama durian, Krn sedang tak musim 😅

    BalasPadam