Pages

Ahad, 12 November 2023

Kerabu Sotong Buat Ratah-Ratah

Bismillahirrahmanirrahmin.
Nampaknya sepanjang cuti Deepavali ini duduk rumah sajalah, menemani bujang kecil Firdaus sehingga sembuh sepenuhnya. Rajin sungguh dia makan ubat setiap hari dan dengar nasihat supaya tidak bergerak sangat dan makan pun berpantang juga. Hari ini merupakan hari keempat Firdaus masuk jawi.

Jom masuk dapur. Hari ini teringin pula hendak makan kerabu sotong. Alhamdulillah. Siaplah Kerabu Sotong seadanya gunakan bahan yang ada sahaja. Cukuplah buat ratah-ratah. Puas rasanya makan tanpa nasi.

Paling best sudah tentulah kuahnya! Cukup rasa masam, masin, manis, pedas.

Kerabu Sotong


Resipi Kerabu Sotong
Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong torak - bersihkan - potong ikut suka - celur seketika - toskan
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 4 sudu besar jus limau nipis
  • 1/2 cawan kacang tanah tumbuk kasar
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
Bahan hiris:
  • 1 biji mangga muda
  • 1 labu bawang merah besar
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 tangkai cili merah
  • 1/2 batang timun jepun - potong dadu
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 pokok ketumbar
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan sotong bersama kesemua bahan hiris.
  2. Tuangkan kicap sotong, gula, garam dan jus limau nipis.
  3. Gaul rata dan kemudian taburkan kacang tanah tumbuk.
  4. Hidangkan.

Kerabu Sotong

4 ulasan:

  1. Tahniah daus dah selamat masuk jawi.
    Semoga cepat sembuhnya

    BalasPadam
  2. Bestnyaaa...terima kasih resepinya Kak Amie..SA nak cuba buat la

    BalasPadam
  3. Aiiiih dah kebayang segar sangat ini😍😍. Saya blm berani coba nak buat yg pakai sotong atau seafood, Krn takut masih amis . Makanya kalo kepengen seafood, biasanya lebih memilih beli.

    Ini daus pasti semangat nak makan ya kak kalo menunya selalu sedap beginj 😄👍

    BalasPadam
  4. kak kecurrrrrr dah niiiiii tlggggg🤤🤤

    BalasPadam