Pages

Sabtu, 11 November 2023

Nasi Goreng Oh, Nasi Goreng!

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita kawan-kawan hari ini?
Bagaimana cuaca di tempat kalian.
Di LD hujan lebat dari tengah hari, sebaik sahaja masuk waktu zohor berlanjutan hingga ke saat ini.

Nampaknya hampir setiap minggu samada hari Sabtu atau Ahad kami memenuhi pebagai undangan samada majlis nikah kahwin saudara mara atau rakan taulan. Semoga yang bertemu jodoh akan menjalani hidup berumahtangga penuh aman dan damai hingga akhir hayat.

Sudah kenyang menjamu selera di majlis kahwin, sudah tentu dapur tak berasap. Sekali tak berasap, maka dua tiga kalilah tak akan berasap... ahaks!

Jom tengok menu yang sempat dimasak sebelum dapur tak berasap! Hendak buang gambar rasa sayang pula. Kalau ambil gambar untuk dibuang, baiklah jangan ambil gambar.... ahaks! Alahai, gambar nasi goreng koboi-koboi saja. Entah bila digorengnya, tak ingatlah pula.

Nasi Goreng Ikan Liking

Nasi Goreng Ikan Liking & Sup Ceker

Nasi Goreng Belacan
Nasi Goreng Belacan & Keropok Lekor Sandakan

Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging & Kerupuk Mawar


Doakan kemenangan untuk saudara seagama kita di sana.
Semoga perjuangan mereka sentiasa dipermudahkan. Amin ya Allah.

6 ulasan:

  1. teringat lagu p ramlee "hoi nasi goreng"

    BalasPadam
  2. Nasi goreng sentiasa jadi pilihan ramai.
    Aamin 🤲

    BalasPadam
  3. Menarik nasi goreng Amie..first time nmpk keropok lekor Sandakan..

    BalasPadam
  4. Wah..banyak nasi goreng ni..nasi goreng memang fav SA

    BalasPadam
  5. Kalo dah bingung nak masak apa, pilihan saya pun nasi goreng, Mee goreng atau bihun goreng 😄😄👍

    BalasPadam
  6. dah macam lauk pengantin laa kak... bukan nasi goreng ni😁

    BalasPadam