Pages

Isnin, 13 November 2023

Kepala Ikan Senangin Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya petang-petang begini kita sudah siap masak, dan duduk di ruang tamu menunggu kepulangan Encik Suami dan Firdaus dari sekolah agama. Hari ini cuti sempena perayaan Deepavali, dan sekolah pun tutup. Firdaus pula sedang melayan para tetamu kecilnya. Mereka menziarahi Firdaus yang sudah masuk hari kelima masuk jawi. Pagi tadi, Firdaus tanya : Bolehkah hari ini Daus makan kentang goreng? Amboi! Rindu rupanya budak kecil ini hendak makan goreng-gorengan. Apabila kita kata boleh, cepat-cepat Firdaus kata : Goreng lebih ya Mommy. Nanti Daus hendak ajak kawan-kawan makan.

Sebelum itu kita cerita tentang Kepala Ikan Senangin Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas. Walaupun bahagian kepala, tetapi potongannya sampai ke badan ikan yang penuh isi. Menu ini Amie masak minggu lepas. Ketika itu Amie kurang sihat. Semua yang masuk mulut terasa pahit. Tiba-tiba teringin makan masak lemak cili padi. Jadi, Amie pun olah dua potong kepala ikan senangin. Encik Suami dan Firdaus kata, masakan lemak cili padi ini sangat sedap. Kita hanya jamah sedikit sahaja. Itulah, kalau kurang sihat, mulut rasa pahit semua yang sedap jadi sebaliknya.

Kepala Ikan Senangin Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

Firdaus bersama tetamu kecilnya : Khalid, Vincent dan Abu.
Firdaus jamu tetamunya dengan kentang goreng dan kropok lekor Sandakan. Encik Suami sediakan  jus tembikai.


Berbalik cerita tentang Kepala Ikan Senangin Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas ini, seperti biasa Amie kisar bahan perencah dengan nanas. Oleh kerana nanas yang digunakan sudah masak, jadi Amie tambahkan asam keping untuk rasa masam dalam masakan.

Resipi Kepala Ikan Senangin Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas
Bahan-bahan:
  • 2 keping bahagian kepala ikan senangin seberat 800 gram
  • 1 cawan hirisan nanas 
  • 5 batang kacang bendi
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit - siat dan simpul
  • 250ml santan pekat
  • 500 ml santan cair
  • garam / gula /perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 30 biji cili padi 
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 cawan hiirisan nanas
Cara memasak:
  1. Masukkan bahan  kisar dan serai ke dalam periuk dan masak hingga kering.
  2. Kemudian masukkan hirisan nanas diikuti dengan santan cair. Biarkan masak sehingga nanas layu. 
  3. Seterusnya masukkan kepala ikan senangin, asam keping, kacang bendi, daun kunyit dan  diikuti dengan santan pekat.
  4. Kacau selalu sehingga kuah mendidih dan ikan masak.
  5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Kacau sekali dua. Keluarkan asam keping dan padamkan api dapur.

5 ulasan:

  1. ngencis kak oiiiii dah laa tgh lapar ni🤣

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaaa...Pak Zain suka kalau masak kepala ikan macam ni..dibelah dua kepala tu..tapi SA suka kalau masak sebiji2 especially masak kari..

    BalasPadam
  3. Melihat fotonya saja dah lapaaaar kak amieee 🤣🤣🤣🤣. Daus pasti rinduuuu sangat dengan makanan maminya saat nanti jauh sekolah atau merantau ❤️.

    BalasPadam
  4. Sajian mewah dan menggugah selera...patut mbul praktikkan tuk jamuan bila ada tamu. Menu ikan adalah kesukaan semua. dan bagian kepala adalah terlezatnya 😍

    BalasPadam