Pages

Khamis, 2 November 2023

Kari Ikan Merah Tanpa Santan

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah sudah selesai masak di dapur, dan sedang menunggu kepulangan Encik Suami bersama Firdaus dari sekolah agama. Ada beberapa keping lebihan ikan merah bahagian kepala dan isi, jadi Amie olah untuk dijadikan lauk makan nasi. Sebelum ini kalau masak kari ikan, Amie tambahkan terung dan kacang panjang goreng. Kali ini Amie celur kacang bendi pula sebagai aksesori Kari ni Ikan Merah Tanpa Santan. Seperti biasa, di akhir sentuhan sudah tentunya Amie perahkan jus limau nipis dan tuang ke dalam masakan!

Kari Ikan Merah Tanpa Santan

Resipi Ikan Merah Masak Kari Tanpa Santan
Bahan-bahan:
  • 6 kepingan ikan merah bahagian kepala
  • 7 biji kacang bendi - potong 2 
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan dan udang 888
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam & daging 888
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 3 cawan air - boleh tambah sekiranya ingin kuah lebih cair
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 - 2 sudu besar jus limau nipis - ikut kemasaman yang diingini
Bahan hiris halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cm halia
Cara memasak:
  1. Celur kacang bendi - angkat dan rendam dalam air biasa / sejuk supaya nampak segar.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris halus, serai, halba campur, daun kari dan biji sawi.
  3. Setelah bahan tumis layu dan terbit aroma, masukkan serbuk kari. Perlahankan api dapur.
  4. Untuk menghalang tumisan terlalu kering, masukkan satu cawan air. Masak sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan 2 cawan air lagi dan biarkan kuah mendidih dan terbit minyak sekali lagi.
  6. Seterusnya masukkan kepingan ikan merah.
  7. Biarkan seketika sehingga  ikan masak.
  8. Perasakan dengan gula / garam / perasa pilihan.
  9. Tuangkan jus limau nipis.
  10. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  11. Hidangkan panas dan masukkan kacang bendi celur tadi..
Kari Ikan Merah Tanpa Santan

Wokey!
Pintu pagar kedengaran sedang dibuka.
Sudah sampailah tu Encik Suami dan Firdaus.
Jumpa lagi!

9 ulasan:

  1. Ok noted. Boleh try resipi dari Amie ni. Sebab tak pernah try lagi buat kari tanpa santan. Tq sharing. Sedap nampak lauknya

    BalasPadam
  2. Saya pun lebih suka kalo sayur nya bendi atau okra di sini menyebutnya. LBH sedap memang drpd kacang panjang ☺️❤️

    BalasPadam
  3. Jadi, tak perlu la ya letak asam keping atau asam jawa. Nampak berseri masakannya tentu berselera Firdaus dan En Majid menikmatinya.

    BalasPadam
  4. Kepala ikan..emm itu favorit saya banget kak👍

    BalasPadam
  5. Sedapnya kari ikan..kalau dapat tang kepala lagi sedap kan..

    BalasPadam
  6. Sedap ni. Tumis pakai halba campur, wangi jer.

    BalasPadam
  7. Saya suka ikan merah sbb isinya sedap..Goreng cicah sambal belacan pun sedap

    BalasPadam
  8. lama dah tak masak kari ikan..ammi kurang yakin bila tak guna santan. Tapi insyaallah leps ni ammi cuba

    BalasPadam