Pages

Ahad, 5 November 2023

Jalan-Jalan Bawa Firdaus Cari Makan

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Badan kita rasa kurang sihat sejak minggu lepas. Setelah rajin makan ubat, hari ini beransur sembuh.
Sesungguhnya nikmat sihat itu tidak dapat dijual beli.
Encik Suami menghadiri majlis kahwin. Disuruhnya Firdaus temankan kita di rumah. Pesannya, kalau Mommy hendak makan atau minum, ambilkan air di dapur. 
Kita gagahkan diri, mandi untuk segarkan tubuh. Kemudian duduk berehat di ruang tamu dan buka Mr Lappy.

Hari Jumaat lepas, Firdaus tidak ke sekolah agama kerana sekolah digunakan untuk suatu program. Jadinya, kami bawalah Firdaus jalan-jalan cari makan di Beanery Cafe. Kalau datang ke sini sudah tentulah melihat dessert terlebih dahulu sebelum memesan makanan lain. Terpandang tiga biji tart yang comel! Tidaklah ambil tiga biji semuanya, melainkan hanya sebiji sahaja. Firdaus suka Oreo Chocolate, ambilkan jugalah untuknya.

Mixed Fruit Cheese Tart - RM14.90

Oreo Chocolate - RM14.90


Oreo Chocolate & Mixed Fruit Cheese Tart

Hot Caramel Macchioto - RM10.90

Iced Chocolate - RM11.90



Firdaus pantang nampak hash brown! Ambillah satu set Hash Brown - RM8.90 

Encik Suami : Burrito Chicken - RM15.90


Firdaus tak cukup makan hash brown. Ada kentang goreng Encik Suami, dia pun ngap sama! Padahal dia sudah minta satu lagi menu!

Amie : Mixed Bruschetta - RM16.90

Bruschetta @ roti panggang pelbagai topping memang sedap!

Firdaus : Black & White Bake Rice - RM18.90


Inilah  menu kedua yang ditunggu-tunggu Firdaus. Ingatkan perutnya sudah kenyang diisi dengan hash brown dan kentang goreng, rupanya dia mencari nasi!





Encik Suami kata Mixed Fruit Cheese tart ini sedap, tapi saiznya kecil sangat.... ahaks!

11 ulasan:

  1. Wah seronok la Firdaus dapat makan macam-macam mami belanja...

    BalasPadam
  2. kedai dessert camni selalunya agak pricey, kt sini pun sama. tapi menu nampak semua sedap2 tu.
    takpalah kan , perut kenyang hati senang 😁

    BalasPadam
  3. Berselera betul dia makan, suka tengok :D

    BalasPadam
  4. Sudah kenyang makan baru senang hati kan Firdaus 😁

    BalasPadam
  5. sedapnya semua desert yg kak amie pilih... bila terkenang kan.. nasiblah ada firdaus jd peneman kan sbb abang² semua dah besar dan berkerjaya... sy nanti ada awan dan alan lah kot.. diorang beza setahun je mmg akn sentiasa bersama

    BalasPadam
  6. Bestnya Beanery Cafe ni, maincourse ada, desserts pun banyak. Sampai Firdaus tak toleh kiri kanan dah 😍

    BalasPadam
  7. Peh! Daus punya selera! Boleh tahan!

    BalasPadam
  8. Sedapnya, tengok kopi dia. Saya suka juga pergi cafe macam ni. Lepas tu, order tart atau kek sepotong. Terbaik!

    BalasPadam
  9. cantik2 gambar makanan dan minumannya

    BalasPadam
  10. Sedapnya.....semua nampak cantik dan sedao..tapi tu la tak boleh makan selalu...takut botak🀭$$

    BalasPadam
  11. Hahahaha memang anak sedang bertumbuh πŸ‘πŸ˜„. Tak apa firdaus, kita orang asia nih memang lah harus ketemu nasi πŸ˜„πŸ˜….

    Semua hasil fotonya baguuus sangat kak Amie.

    Syukurlah kakak udh agak sehat. Semoga semakin pulih dan bugar lagi.

    BalasPadam