Pages

Isnin, 6 November 2023

Ikan Sulig @ Jepun Goreng Balado

Bismillahirrahmanirrahim.
Bagaimana cuaca di tem-pat rakan-rakan sekalian? Di LDU langit muram durja, mendung menyelimuti alam. Gelap dan suram!

Seperti biasa, kita baru saja selesai masak, dan sedang menunggu Encik Suami dan Firdaus pulang dari sekolah agama. Kali ini Amie masak Ikan Sulig Goreng Balado. Camouran serai ketuk dan daun limau purut ramas menaikkan aroma sambal lado!

Ikan Sulig @ Jepun Goreng Balado


Satu ekor ikan sulig sudah digoreng minggu lepas, dan tinggal seekor lagi yang belum diolah. Goreng sahajalah, tetapi tambahkan sambal balado.

Resipi Ikan Sulig @ Jepun Goreng Balado
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan sulig @ jepun seberat 400 gram - bersihkan - kelar-kelar - lumur dengan sedikit garam dan kunyit
  • minyak untuk menggoreng tenggelam
  • 2 helai daun limau purut - buang urat belakang - ramas
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar kasar:
  • 4 tangkai cili hijau
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Goreng ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali.
  3. Tuangkan bahan kisar.
  4. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Peraskan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Tuangkan jus limau nipis.
  7. Masukkan daun limau purut.
  8. Kacau rata dan setelah daun limau purut berubah warna. Padamkan api dapur.
  9. Tuangkan sambal di atas ikan sulig goreng tadi.
Ikan Sulig @ Jepun Goreng Balado

Ikan Sulig @ Jepun Goreng Balado sedang menunggu kepulangan Encik Suami dan Firdaus.

5 ulasan:

  1. Geram la tengok ikan Jepun ni.. gemuk2..kat sini ada tp kurus2...

    BalasPadam
  2. Comelnya ikan tu ...
    Nanti nak suruh Adah cuba ikan Jepun ni...

    BalasPadam
  3. Comelnya ikan tu ...
    Nanti nak suruh Adah cuba ikan Jepun ni...

    BalasPadam
  4. cantik potongan ikan tu...ammi penah buat tapi pisau tak berapa nak tajam jadi macam kurang halus potongannya

    BalasPadam
  5. Sukaaa dengan ikan daging tebal macam nih. Apalagi pakai sambal belado. Makin manteeep, gurih dan pedas 🤤👍. Best lah kalo kak Amie dah mulai masak 😍

    BalasPadam