Pages

Selasa, 7 November 2023

Tosei Kari Kambing

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan di kedai mamak. Kali ini bukan di Bandar Seri Perdana tetapi di Bandar Lahad Datu pula iaitu di Restoran Auliah. Kita teringin hendak makan tosei pula! Maka, memesanlah sekeping tosei dengan kari kambing.

Tosei & Kari Kambing

Sekeping tosei harganya RM3.00.

Semangkuk kecil kari kambing - RM17.00

ABC RM7.00. Makan berdua pun tak habis.

Nasi Briyani Ikan - RM14.00


Encik Suami sudah terpengaruh dengan kita! Sekarang makan nasi briyani dengan ikan pula. Sebelum ini asyik pilih lauk ayam. Katanya, sedap pula lauk ikan.


Tosei itu kita makan perlahan-lahan dan akhirnya habis juga segulung! Kari kambing itu pula lembut dagingnya tapi terpaksa minta Encik Suami tolong habiskan.
Tosei- RM3
Kari Kambing RM17
Briyani Ayam - RM14
ABC - RM7
Air Suam - 50 sen
Total - RM41.50 sen

Banyak kedai mamak di LD tapi kami biasa makan di Restoran Tumpun Selera di Bandar Sri Perdana dan Restoran Auliah di Bandar Lahad Datu. Banyak pilihan makanan, layanan cepat dan pantas.


12 ulasan:

  1. Semalam SA sarapan roti canai dan kawan makan tosei Rawa...nampak sedap tp SA x berani mencuba..hahaha...

    BalasPadam
  2. Saya suka tosei style garing camtu.
    Tapi seriuslaaa harga kari kambing tu semangkuk RM17😮😮

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang ditulis dalam resit harga kari kambing RM17.00

      Padam
  3. Adudu mahalnya Kak Kari kambing tu huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik sekali-sekala saja makan kambing dgn tosei.

      Padam
  4. Baru dapat blogwalking..
    Tengah baca,termenguap...sekali tengok harga kari kambing terus tak jadi menguap..
    Kat sini sepiring kecil macam tu rm10..tapi tang briyani ikan tu berbaloi la pulak...sini RM 14 mungkin hanya dapat ikan tu sahaja sbb ikan tu agak besar kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, barangkali di sini murah di sini mahal, di sini mahal di sana murah pula.

      Padam
  5. Air suam pun kena bayar... Semua nampak sedap dan berbaloi dgn harga mcm tu..

    BalasPadam
  6. Waaah kari kambingnya lumayan mahal yaa 😄😅. Tapi kalo enak , okelaah termaafkan harganya kak 😅..

    Saya biasa makan nasi briyani juga dengan ayam atau kambing. Blm coba lauk ikan. Kalo ikannya digoreng , bisa jadi saya suka. Tapi kalo tak, agak susah saya nak makan 😅.

    BalasPadam
  7. nampak menggoda kari ikan tu kak oi, besar dah mcm lamb shank

    BalasPadam