Pages

Jumaat, 24 November 2023

Hirup Teh Masala di Kala Hujan Lebat!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hujan lebat di tengah hari membawa ke petang. Ketika entri ini ditulis masih terdengar deraian titis hujan menimpa bumbung rumah.

Biasanya banyak payung tersedia di bilik pengawal, tetapi kali ini sekaki payung pun tidak ada! Dalam hujan itulah kita berlari menuju ke kereta. Basah kuyup dari hujung kepala sampai ke kasut! Kemudian singgah di Fung Stationery membawa nota minta yang sudah ditandatangani pengetua, tanda permohonan pembelian hadiah alat tulis untuk Program Anda Hebat sudah diluluskan. Hujan masih lebat dan kalau ambil payung di bonet kereta pun, tetap basah juga. Memang basahlah sedikit kertas nota minta yang dibawa. 

Selepas itu singgah lagi di Kingdom Supermarket untuk mencari barang untuk kegunaan esok hari. Terperangkap lagi di sini kerana hujan terus mencurah-curah. Kami ambil keputusan untuk singgah di Kopitiam Que Que sementara hujan reda.

Encik Suami hendak makan roti dan minum teh masala. Amie pula hendak makan nasi lemak. Itulah antara menu ringkas yang kami pesan. Memang nikmat sungguhlah hirup teh masala di kala hujan lebat!

Teh Masala

Encik Suami : Roti Butter Kaya & Roti Peanut Butter

Amie : Nasi Lemak Ayam



Setelah selesai isi perut, hujan tetap tidak berhenti. Hendak buat macamana. Terpaksalah redah hujan untuk menuju ke kereta. Tak kan hendak tidur di Kopitiam Que-Que pula.... ahaks! Sampai di rumah, terpandang beberapa pasang kasut berubah tempat. Rupa-rupanya kasut-kasut ini berenang sampai ke pinti pagar dibawa air yang naik ke halaman rumah! Harap-harap hujan sepanjang tengah hari hingga ke petang ini tidaklah sampai membawa banjir!


Encik Suami kongsikan video banjir  ketika ini di LD.
Sumber : Lahad Datu Tik Tok


14 ulasan:

  1. fuhh...memang mantap pekena teh masala waktu hujan...sedapnya

    BalasPadam
  2. Kat rumah uncle pun ada jual teh masala yang umph!

    BalasPadam
  3. Mantap kak ngeteh sambil makan roti saat cuaca lagi hujan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas makan minum hujan tetap juga tidak berhenti hihihii.

      Padam
  4. jangan demam ye kak banyak kali kena hujan tu

    BalasPadam
  5. Teh Masala memang best. Minum pulak masa hujan kan macam sekarang dah monsoon di pantai timur ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam lama pula dijangkakan musim hujan, hingga tahun depan pula.

      Padam
  6. Kesiannya, banjir lumpur tu. Semoga musim hujan tidak berlarutan.

    Sedapnya teh masala dan nasi lemak.

    BalasPadam
  7. Teh masala Ama chai tea berbeda ya kak Amie? Saya pernah coba chai tea saat di Melaka, tapi jujur tak cocok dengan lidah saya 😅. Kalo hujan begini, saya prefer kopi biasa atau kalo ada bandrek 😄. Minuman khas Jawa barat terbuat dari ginger dan gula merah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chai itu maksudnya teh. Masala maksudnya rempah. Jadi ada beza. Teh Masalah ialah teh berempah, chai tea itu teh sahaja.
      Saya suka minuman di sana yang terdiri dari olahan halia. Memanaskan badan dan buang angin dari badan.

      Padam