Pages

Khamis, 23 November 2023

Makan Nasi Arab Lauk Ikan Jepun

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari kelmarin sehingga ke hari ini fikiran agak bercelaru memikirkan beban tugas yang dipikul, tapi tetap juga tidak memuaskan hati pihak pentadbiran. Seorang demi seorang rakan meninggalkan kami, dan memilih untuk bersara awal. Mudah-mudahan tarikh itu akan tiba jua. Sabarlah menanti beberapa tahun lagi.

Waktu memilih menu untuk makan tengah hari pun sama celarunya dengan beban fikiran yang terus berkecamuk!

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepada-Mu, yang yakin akan bertemu dengan-Mu, yang redha dengan ketetapan-Mu, dan yang merasa cukup dengan pemberian-Mu."

Nasi Arab Lauk Ikan Jepun

Tangan mengaut nasi arab, tambahkan sebiji begedil dan seekor ikan jepun @ sulig. 


Tambak kecamuk, ambil ulam-ulaman seperti mentimun, terung goreng dan kacang botol serta sambal tomato daun kemangi. Entah kenapa ambil hirisan timun sedangkan sudah ambil acar timun!


Sedaplah pula sambal tomato daun kemangi!

Encik Suami : Nasi Briyani


Fikiran Encik Suami tidak berkecamuk seperti fikiran kita. Buktinya pilihan makanannya semua normal : Nasi Briyani, Ayam Goreng Berempah, ada Keropok Papadom dan Acar Timun. Seperti biasa, hidangan tengah hari kami di datangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. Sedap pula rasa sup sampai kita hirup terus dari mangkuk!

Restoran Rumpun Selera penuh sesak dengan ramai pelanggan yang berbaris mengambil nasi dan lauk pilihan. Baru Amie perasan, sebahagian pelanggan yang memenuhi restoran terdiri daripada kaum lelaki yang segak tampan memakai pakaian batik. Mungkin mereka ada urusan di LD.  Dari gaya percakapan mereka, dikenal pasti bukan datang dari LD tetapi dari Indonesia. Tutur bicara mereka kedengaran sangat sopan ketika memilih lauk-pauk yang dikaut ke dalam pinggan nasi masing-masing. Antara yang Amie dengar lebih kurang beginilah terjemahannya : Lauknya kelihatan  enak sekali!

Ya, betul! Rumpun Selera menghidangkan berpuluh jenis lauk yang enak-enak belaka!

Chinese Tea

Menu berkecamuk : Nasi Arab. Lauk Ikan Jepun. Minum Chinese Tea.

____________________________

Hasbunallah Wanikmal Wakeel.

__________________________

4 ulasan:

  1. Kesian beban tugas orang yang kerja jadi cikgu ni
    Patutlah ramai cikgu bersara awal

    BalasPadam
  2. Take your time kak.. faham cikgu byk sgt keja skrg... kena bijak manage stress ya... kesihatan sendiri pun kena jaga jugak

    BalasPadam
  3. Lauk bercampur-aduk macam fikiran Kak Amie jugak ye. Bertabah ye Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Jangankan orang2 yg nak makan itu, saya yg melihat foto menu di tulisan ini saja dah yakin juga lauknya enaaak 🤤👍👍.

    Semoga dilancarkan semua urusan kak Amie yaa.

    BalasPadam