Pages

Sabtu, 7 Oktober 2023

Tugu Keris Siginjai - Sejarah Keris Warisan Kerajaan Jambi

Bismillahirrahmanirrahim.
Jambi.
Nama ini sudah lama didengari. Barangkali semenjak di bangku sekolah ketika belajar sejarah. Pendek kata, ketika belajar sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan sewaktu mengulang kaji Sejarah Melayu ketika akan menduduki kertas STPM. Selain Jambi, nama Palembang, Acheh dan Pasai juga sering ditemui! Apakan daya, waktu itu belajar hanya untuk mendapat markah atau untuk lulus peperiksaan sahaja. Tidak pernah ambil pusing kedudukan wilayah-wilayah tersebut apalagi untuk menghayati sejarah dan kaitannya dengan Tanah Melayu.

Kami tidak sempat mengkaji 'Jambi' sebelum datang ke wilayah ini pada 28 Ogos 2023 lepas. Namun begitu, sekurang-kurangnya kami sempat mengunjungi salah satu replika lambang kebesaran dan kepahlawanan raja dan sultan Jambi suatu masa dahulu iaitu Tugu Keris Siginjai.

Tugu Keris Siginjai


Sejarahnya, Keris Siginjai adalah milik Pahlawan Jambi iaitu Orang Kayo Hitam. Dikatakan bahawa, keris tersebut diperbuat daripada sembilan jenis besi dari sembilan buah negeri. Besi itu ditempa setiap Jumaat selama 40 purnama dan disepuh air dari sembilan muara. Menurut ceritanya, Orang Kayo Hitam sering meletakkan keris tersebut disanggul rambutnya sehingga orang-orang sering menyebut keris ini dengan sebutan ginjai, yang bermaksud tusuk konde. Akhirnya keris tersebut diberi nama Keris Siginjai.

Pemegang Keris Siginjai pertama adalah Raja Jambi pertama, iaitu Orang Kayo Hitam @ Raja Rangkayo Hitam. Dia adalah raja pertama kerajaan Jambi dan menjadi seorang yang sangat berjasa atas kemakmuran rakyat Jambi pada masa tersebut. Kerajaan Jambi merupakan pemberian dari Kerajaan Mataram.

Orang Kayo Hitam merupakan anak bongsu Datuk Paduko Berhalo dengan Putri Selaras Pinang Masak. Orang Kayo Hitam adalah satu – satunya rakyat Jambi yang berani memberontak atas autoriti kerajaan Mataram. Akibat pemberontakan yang telah dilakukan oleh Orang Kayo Hitam, kerajaan Mataram pun merancang untuk menghapuskan Orang Kayo Hitam. Penghapusan tersebut dilakukan dengan cara membuat keris yang dapat membunuh Orang Kayo Hitam.

Keris yang digunakan untuk membunuh Orang Kayo Hitam bukan keris sembarangan. Orang Kayo Hitam dikenal sebagai orang yang mempunyai kesaktian dan kekebalan. Sehingga keris yang hendak digunakan untuk membunuhnya harus dibuat dengan cara khusus. Malangnya Orang Kayo Hitam telah mengetahui rancangan untuk membunuhnya. Orang Kayo Hitam segera menemui pembuat keris tersebut dan meminta supaya memberikan keris tersebut kepadanya. Tetapi pembuat keris tidak menyerahkannya menyebabkan Orang Kayo Hitam marah dan mengambil keris secara paksa.

Keberadaan Orang Kayo Hitam di tempat pembuat keris telah diketahui oleh Raja Mataram. Raja Mataram pun menghampiri Orang Kayo Hitam dan berunding dengan tujuan untuk meredakan kemarahan Orang Kayo Hitam. Raja Mataram berniat untuk menyandingkan Kerajaan Mataram dengan Kerajaan Melayu. Oleh karena itu baginda menjodohkan Orang Kayo Hitam dan puterinya yang bernama Puteri Mayang Mangurai. Orang Kayo Hitam bersetuju dengan cadangan tersebut.

Di majlis perkahwinan Orang Kayo Hitam dengan Puteri Mayang Mangurai, Raja Mataram memberikannya sebuah hadiah. Hadiah tersebut berupa sebilah keris yang dibuat khusus untuk membunuh Orang Kayo Hitam. Keris tersebut digunakan oleh Orang Kayo Hitam sebagai gonjai. Gonjai ialah sejenis alat yang digunakan untuk menggulung rambut. Gonjai juga menjadi alasan pemberian nama dari keris tersebut dengan sebutan keris siginjai.

Setelah Orang Kayo Hitam berkahwin dengan puteri Raja Mataram, maka beliau mempunyai hak atas kekuasaan wilayah Jambi. Dengan kekuasaan dan kesaktiannya, Orang Kayo Hitam berhasil mendirikan Kerajaan Jambi dan membuat rakyatnya hidup dengan tenang dan tenteram.


Sultan terakhir yang memegang harta kerajaan ini ialah Sultan Achmad Zainuddin pada awal abad ke-20. Keris Siginjai merupakan khazanah pusaka yang dimiliki secara turun temurun oleh Kesultanan Jambi selama lebih dari 400 tahun. Ia diwariskan kepada raja dari generasi ke generasi secara turun-temurun. Keris ini bukan sahaja sebagai lambang mahkota Kesultanan Jambi, tetapi juga sebagai lambang penyatuan rakyat di Wilayah Jambi.

Pada masa pemerintahan Hindia Belanda, Keris Siginjai dibawa ke Batavia dan dijadikan bahan koleksi di Museum Nasional pada bulan November 1904.

Sumber:

Di persimpangan jalan berhadapan Tugu Keris Siginjai. Jalan mana hendak dituju? Marilah lepak sebentar di tepi jalan.


Terdapat banyak gerai kecil menjual buah-buahan, air tebu, buah jambu dan sebagainya di tepi jalan di barisan Kantor Walikota Jambi.







Nampaknya ramai yang terpikat dengan rojak!
Boleh campur. jambu air, mangga, sengkuang dan sebagainya.



Terima kasih Hajah kerana belanja kami termasuk Pak Herman dan Pak Rajaab makan rojak!
Sedap rojaknya kerana sedap kuahnya! Rasa buah-buah rojak sama saja dengan buah di tempat kita.

Kata Pak Hemran : Ini sembilan tetamu dari Malaysia sudah berada di Jambi.

7 ulasan:

  1. Nice sharing cikgu.
    Sentiasa berinformatif.

    BalasPadam
  2. Tq sharing Kak Amie 👍
    Nampak tenang di sini, mungkin Jambi belum sepopular Bandung atau Bali...

    BalasPadam
  3. Tengah khusyuk baca sejarah Jambi tu ...eh,nampak jambu merah...menggoda sungguh warna merah buah jambu tu

    BalasPadam
  4. Oh, jadi, tak dapatlah dia membunuh Orang Kayo Hitam tu ya. Lama jugak tu hendak menyiapkan sebilah keris.

    BalasPadam
  5. Ohh keris asli ada di museum Nasional Jakarta? Saya malah baru tahu sejarahnya setelah baca cerita Kak Amie. Museum Jakarta ini saya ga pernah datangi, cuma tau lokasi saja. Jadi teringin pula nak kesana 😄

    Ntahlah pas sekolah ada diceritakan ttg kerjaan ini atau tidak yaa. Saya itu sekolah di Aceh dulu, jadi kebanyakan kalo sejarah ttg kerajaan Aceh. Ga terlalu ingat apa ada ttg kerajaan Jambi 😅

    BalasPadam
  6. cantik tugu nya..teringat tugu keris kat Kuala Kangsar...keris taming sari...

    BalasPadam