Pages

Ahad, 8 Oktober 2023

Nasi Goreng Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi lagi sudah sediakan nasi goreng untuk sarapan. Firdaus sudah ke padang pada pukul enam pagi, bermain futsal dengan kawan-kawannya. Tinggalkan kita berdua dengan Encik Suami di rumah. Jom sarapan Nasi Goreng Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter. Mulanya hendak goreng nasi dengan isi ikan goreng saja, tapi apabila melihat banyak nasi sejuk, seperti tidak cukup gunakan sekeping ikan sahaja. Jadi tambahlah Mini Otak-Otak Frankfurther 10 butir.

Apabila dihidangkan, nampaklah butiran nasi yang patah-patah. Sekali pandang ada juga rupa kuskus (semolina) - butiran tepung durum iaitu makanan tradisional Barbar.

Sebenarnya Amie gunakan nasi dari beras kampung (padi huma @ padi bukit). Apabila dimasak dua kali (pertama ditanak), lebihnya disimpan dalam peti sejuk, jadi apabila digoreng (masak kali kedua), beginilah jadinya.

Nasi Goreng Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter

Nasi Goreng Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter
Ayam Goreng (panaskan dalam air fryer)
Kopi Tenom

Lebihan ayam goreng ini Amie potong-potong dan panaskan 10 minit dalam air fryer.

Kopi Tenom



Resipi Nasi Goreng Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter
Bahan-bahan:

  • 4 cawan nasi putih sejuk
  • 10 butir Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter - potong ikut saiz yang disukai
  • 1 cawan isi ikan goreng yang sudah ditumbuk
  • 3 batang kacang panjang - hiris nipis
  • 2 helai dau limau purut - buang tulang belakangnya
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar kicap lemak manis pedas Mahsuri
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan Mini Otak-Otak Ayam Frankfurter dan hirisan kacang panjang.
  4. Setelah kacang panjang berubah warna, masukkan nasi putih, disertai isi ikan goreng.
  5. Tuangkan kicap, taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Gaul rata sehingga keluar asap nipis di atas gorengan nasi.
  7. Masukkan daun limau purut.
  8. Gaul beberapa kali, dan setelah timbul aroma daun limau purut, padamkan api dapur.

6 ulasan:

  1. Di dapur sy dah lama tak nampak nasi goreng. Semalam kalau ikutkan Pak Inche minta nasi goreng tapi sebab ayamnya sy dah perap dua hariz tu yg makan nasi kicap dengan ayam goreng jer la.

    BalasPadam
  2. Oh! Otak-otakpun dijadikan seperti sosej.

    BalasPadam
  3. Wah...memang macam kus kus ni..
    Oh,kus kus tu makanan Barbar yer..ingatkan makanan Italy...nampak benar saya kurang membaca..terima kasih info..
    Kebelakangan ni fikiran saya asyik terbayang nak menanam sekoi

    BalasPadam
  4. Wah nasi goreng nya resepnya unik nih..ada ikan tumbuk dan daun jeruknya,biasanya jarang ketemu resep menggunakan daun jeruk,pasti baunya haruuum.

    BalasPadam
  5. Saya coba nak bikin, tapi mungkin tak pakai ikan, Krn anak2 tak suka ikan 🤣. Saya sendiri pun kurang kak Amie. Nasi goreng pakai daun jeruk, bisa dibayangkan ini pasti wangiii 👍😍

    BalasPadam