Pages

Selasa, 3 Oktober 2023

Kilau @ Kinilau Yang Menggugah Selera!

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga Amie tidak kongsi makanan tradisi dari LDU. Kali ini Amie paparkan menu Kilau @ Kinilau, sejenis makanan tradisional masyarakat Bajau yang kami nikmati beberapa minggu lepas. 

Entri berkaitan Kilau @ Kinilau sebelum ini ada di sini:
Bahan asasnya ialah isi ikan segar, jus limau kasturi, halia, cili merah, garam dan beberapa bahan pilihan lain. Kalau ke Sarawak, kita akan jumpa UMAI yang merupakan hidangan tradisional masyarakat Melanau. Di Sabah pula kita akan bertemu dengan KILAU @ KINILAU, dari masyarakat Bajau  dan juga HINAVA, dalam masyarakat Kadazan-Dusun.

Kilau @ Kinilau


Kilau @ Kinilau hasil air tangan Amie ini baru saja siap digaul, dan belum sempat meresap segala bahannya! Amie terus ambil gambar. Selepas digaul, biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sementara menunggu isi ikan 'dimasak' oleh cuka atau jus limau kasturi.


Selain ikan bilis segar, isi ikan lain seperti ikan tenggiri, ikan belanak, ikan kembung dan sebagainya boleh dijadikan kilau. Sebaik-baiknya ikan segar yang belum terkena ais.

Bahan-bahan untuk membuat kilau.

Hirisan mangga ini bercampur aduk, ada kasar dan ada yang halus. Yang kasar itu kerja tangan Firdaus. Hendak mengacau saja kalau kita masuk ke dapur.

Limau Kasturi

Untuk hasil yang lebih enak eloklah gunakan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Jika tiada limau, boleh gunakan cuka.

Jangan lupa hirisan halia, bawang dan juga cili padi.


Ikan bilis yang sudah dibersihkan, buang isi perut dan buang tulang.


Mudah saja cara menyediakan kilau. Terpulang seberapa bahan yang hendak digunakan, sesuai dengan selera masing-masing. Hanya campurkan kesemua bahan di atas, dan tambahkan garam dan perasa pilihan anda. Kilau biasanya dinikmati bersama putu, tetapi tidak kurang enaknya jika dimakan bersama nasi, ditambah ikan bakar dan latok @ rumpai laut.

Kilau @ Kinilau

Di bawah ini Amie kongsikan gambar kilau dari entri lama. Mmmmm.... buat kecur liur saja apabila melihat teman-teman kilau yang lain!

Kilau bersama teman-temannya, siput tarik dan latok.


Lauk-pauk lengkap kilau dengan nasi, ikan bakar, sotong, latok dan kima.

Inilai kilau @ kinilau yang sudah 'masak' oleh jus limau kasturi!


11 ulasan:

  1. Segar betul ikan bilis tu..nampak lut sinar badannya..
    Kalau dapat ikan sesegar itu,harus dicuba nih..
    Adah selalu video call tanya nama-nama ikan kat pasar sana.
    Saya selalu suruh Adah jenguk-jenguk blog Cikgu Amie untuk dapat info kerana banyak ikan-ikannya berwarna warni cantik dan menarik dan saya sendiri pun taktau nama ikan tu kerana tak pernah nampak kat sini..🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mama Cella. Ikannya masih segar. Kalau rajin bersihkan, buang tulang memang sedap digoreng atau dibuat kilau.
      Ikan-ikan warna warni tu biasanya ikan bayan.

      Padam
  2. Tak pernah jumpa atau merasa si kilau ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun datang Sabah baru jumpa si kilau.

      Padam
  3. Waaah ini sashimi ala Malaysia lah 😄👍. Nak cobaaa rasanya. Makanan khas Batak Sumatera Utara juga ada yg sashimi begini. Tapi beda jenis ikan, dan bumbunya juga beda sangat. Tapi samar2 mentah.

    Saya sendiri blm pernah coba kak, padahal saya orang Batak.

    Soalnya terkadang kepikiran ini amis ga yaaa 🤣🤣. Sashimi Jepang saja saya butuh lamaaa sampai berani utk coba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini tiada bau hamis sewaktu mengolah ikan mentah ini. Mungkin dibersihkan ketika masih segar, dan jus limau kasturi dan hirisan halia itu yang mematikan sebarang bau ikan.

      Padam
  4. menarik..pertama kali tau ada menu mcm ni...kecur dah ailio..nampak mangga...hehe..

    BalasPadam