Pages

Isnin, 2 Oktober 2023

Sanah Helwah Permata Hati : Abang Farid

Bismillahirrahmanirrahim.
30 September 2023 merupakan hari ulang tahun Abang Farid yang ke-28!
Rasanya seperti kelmarin melihat arwah nendanya mendukung Abang Farid keluar dari hospital dan dibawa pulang ke kampung! Masih terkenang rasa ajaib melihat tubuh kecil seberat 2.75kg, dengan mata bulat bersinar merenung mata kita! Dan itulah, permata hati sulung yang lahir setelah melalui saat getir alahan ketika usia kehamilan mencecah bulan kedua, dan kita seperti kain buruk tidak bermaya selama tiga bulan lamanya. Alhamdulillah, kelahirannya sangat dipermudahkan. 

Peppermint Chocolate Cake

Petang kelmarin Encik Suami ajak ke kampung untuk minum petang bersama keluarganya. Katanya, bawalah kek ulang tahun Abang Farid ke kampung. Kita pun sediakanlah apa yang ada untuk dijadikan juadah minum petang. Sempat masak pengat pisang ditambah butiran candil, jagung krim dan sagu biji. Ada ubi kayu, Amie rebus dan bawa juga ke kampung dan tidak lupa sambal tomatonya sekali.

Sambal Tomato & Ubi Kayu Rebus


Rupanya ramai peminat ubi rebus!

Pengat Pisang & Candil

Kuih Raja Musa & Sambal Telur 


Di kampung, banyak kuih-muih tersedia seperti kuih terang bulan, apam pisang, kuih raja musa dan juga minuman teh panas.


Encik Suami membuat video call dengan Abang Farid, Fuad dan Fairuz. Seperti sebelumnya, Firdaus tukang tiup lilin dan potong kek, sambil anak-anak buah menyanyi beramai-ramai.

Buat Abang Farid, semoga sentiasa sihat, hidup rukun damai bersama isteri kesayangan dan terus bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja penyelidikan Ph.Dnya. In syaa Allah.




14 ulasan:

  1. Walaupun orangnya jauh di mata namun tetap dekat di hati dan dirai.

    Selamat hari lahir, Abg Farid.

    BalasPadam
  2. HBD Abang Farid.,...pengat pisang itu mungkin di sini kolak pisang ya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ucapannya.
      Betul, di sana kolak, di sini pengat. Emak saya panggil kolek.

      Padam
  3. happy belated birthday abg farid... wpn tuan punya bday x de tp mknn semuanya sedap2 belaka๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ucapannya.
      Alhamdulillah, makanan kampung-kampung saja.

      Padam
  4. Happy belated birthday Abang Farid..semoga dikurniakan kejayaan cemerlang dan dimudahkan urusan dalam PhD...
    Untuk Kakak Aseeyah juga semoga dirahmati Allah selalu

    BalasPadam
  5. Kue kuenya mengundang selera sangat ๐Ÿคค. Ubi rebus tuh memang sedap, tapi saya penasaran rasa sambal tomatnya, Krn berwarna gelap. Tapi ttp terlihat tempting.

    Selamat ulang tahun Abang Farid. Dipanjangkan usia, diberkahi hidupnya ๐Ÿ™

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal tomato itu nampak gelap sebab saya sentiasa hangatkan, dan penggunaan bawang merah yang banyak serta gula melaka menjadikan sambal bertukar warna menjadi lebih gelap dari warna asal.

      Padam
  6. Selamat Hari Lahir Abang Farid.
    Semoga sihat2 selalu dan Allah permudahkan jalan PHDnya.

    BalasPadam