Pages

Isnin, 2 Oktober 2023

Senja di Pinggir Laut Payang

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah kekenyangan makan pengat pisang, ubi kayu rebus cicah sambal tomato dan kuih raja musa cicah sambal telur, anak buah dan kakak ipar ajak kami jalan-jalan ke tepi laut Payang. Oleh kerana hari hampir menjelang senja, jadi tidaklah kami berada lama di sini. Rupa-rupanya anak-anak buah yang lain semenjak petang berada di sini untuk memancing!

Matahari sudah bersedia masuk ke tempat peraduannya.

Pemandangan yang sangat menarik selain melihat matahari terbenam sudah tentunya apabila melihat sang ikan tersangkut di mata kail. Ini ialah ikan belais yang selalu Amie masak brengkes, resipi tradisional masyarakat Melayu Cocos.

Ikan Kerapu


Anak buah dengan hasil pancingannya.

Firdaus dan cucu-cucu buah yang kecil mandi di kolam renang.


Jom jalan-jalan di sekitar sambil menikmati panorama senja di pinggir laut.






Jika ingin minum atau makan, boleh pesan di Sabah Kertang Payang Restoran.



Encik Suami & Kakak Ipar

Terima kasih yang belanja kami makan bihun goreng udang. Sehingga kini tidak dapat dikesan siapa di antara mereka yang belanja kami makan! Moga Allah murahkan rezekinya.



20 ulasan:

  1. Cantiknya panorama senja di tepi pantai

    BalasPadam
  2. Lama saya tinggalkan aktiviti memancing.. Dulu² suka memancing dari malam sampai ke awal pagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok memancing ni. Seronok berganda kalau ada ikan tersangkut di mata kail.

      Padam
  3. MasyaAllah cantiknya ikan belais.
    Seronok dapat buat aktiviti begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik ikan belais, apalagi kalau baru diangkat dari air laut.

      Padam
  4. Balasan
    1. Ikan fresh masak apa pun sedap. Goreng pun sodap!

      Padam
  5. Subhanallah lawa sangat pemandangannya...
    Makan dan minum pun pasti bertambah sedap bila di tepi laut yg cantik begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Ada tempat untuk healing-healing kan PH.

      Padam
  6. cantik cantik ikan ikan belah laut sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Lautan di sini memang tidak terduga segala isinya, termasuk ikan yang cantik-cantik.

      Padam
  7. Wah, memancing tepi laut pun lumayan jugak hasilnya. Lawa pemandangan tepi laut tu lagi2 masa matahari tenggelam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu air pasang, ikan pun datang sama. Barangkali inilah waktu sesuai untuk memancing di tepi laut.

      Padam
  8. Adah ada hantar video tanya ikan apa ni macam cheetahπŸ†..
    Saya tak kenal ikan niπŸ™ˆ
    Rupanya ikan blais..
    TQ cikgu kerana banyak kenalkan ikan-ikan yang saya tak pernah nampak sebelum ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan inilah yang arwah emak mentua selalu masak brengkes. Kalau boleh arwah tak mahu gunakan ikan lain.

      Padam
  9. Cantiiiknya ikan yg pertama tu kak. Warnanya cerah πŸ‘. Rasanya kuliner kota dan negara di Kalimantan ini memang sedap lah.

    Melihat apa yg Kaka tulis, rasa kepengin nak kesana. Saya pernah ke Brunei di sana makanannya pun sedap2. Laku oernah coba laksa Serawak, itu juga enaaak sangat. Kata suami saya yg udah kliling kota2 Indonesia di Kalimantan, kuliner Kalimantan juga sedap.

    Jadi saya ambil kesimpulan, semua kuliner di daerah sana, mulai dari Brunei, Sabah Serawak dan Kalimantan Indonesia, pasti enak semua πŸ€£πŸ˜„πŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga pernah berkesempatan ke Kalimantan Timur. Kebetulan waktu itu ada festival makanan Indonesia yang diadakan di Balik Papan. Banyak jenis masakan dari seluruh wilayah Indonesia dapat dilihat. Semuanya sedap-sedap belaka! Tapi tak sempat mencuba banyak, hanya yang mampu masuk perut saja.

      Padam
  10. Cantiknya view.. tanah, laut, bukit bukau dan langit!

    BalasPadam
  11. Cantiknya pemandangan..rindu plak nak lepak pantai...rasa macam lama dah x pi mana- mana pantai

    BalasPadam