Pages

Khamis, 5 Oktober 2023

Nasi Goreng Telur

Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak dua menjak ini jarang-jarang masak di dapur sendiri. Kalau masak, sentiasa berbaki samada nasi atau lauk. Encik Suami rajin simpan lebihan nasi atau lauk-pauk dalam peti sejuk. Kalau rajin, keesokan paginya kita panaskan semula lauk dan bawa bekal ke sekolah. Biasanya Encik Suami belikan kami makanan panas di warung. 

Baki nasi sejuk tadi sudah tentulah dijadikan nasi goreng. Kadang-kadang lebih dua cawan, dicampur lebihan nasi pada hari berikutnya terkumpullah sehingga tiga cawan. Oleh kerana, tiada pantang larang dan  nasi goreng boleh dinikmati pada bila-bila masa, maka Amie goreng waktu petang.

Kali ini Amie kongsikan Nasi Goreng Telur, hidangan makan petang kami pada minggu lepas. Selain Nasi Goreng Telur, Amie tambahkan keropok sebagai pelengkap.

Nasi Goreng Telur & Keropok


Resipi Nasi Goreng Telur
Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi putih sejuk
  • 5 batang kacang panjang - hiris nipis
  • 3 butir telur - pecahkan dan pukul ringan
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 7 tangkai cili padi - cincang
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar kicap masin
  • garam / perasa pilihan

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi serta serbuk belacan. Tolak ke tepi kuali.
  3. Tuangkan telur dan kacau-kacau sedikit sehingga masak kemudian gaulkan dengan tumisan bawang dan cili padi.
  4. Kemudian masukkan kacang panjang, disusuli dengan nasi putih sejuk.
  5. Gaul rata sehingga kacang panjang berubah warna.
  6. Tuangkan kicap masin, dan taburkan sedikit garam / perasa pilihan.
  7. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Amie sukakan rasa rangup dan aroma segar kacang panjang. Jadi, Amie goreng nasi gunakan api besar, dan setelah kacang panjang berubah warna, terus padamkan api.

Selamat menjamu mata dengan Nasi Goreng Telur.


15 ulasan:

  1. Semalam SA dah buat nasi goreng untuk sarapan ke office..lupa plak nak amik gambar..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi goreng memang cukup popular di dapur sendiri dan juga di kedai makan.

      Padam
  2. Sedap tu makan nasi goreng dgn keropok. Sy pun suka jika ada kacang panjang dlm nasi goreng, tapi org berdua tu tak suka pulak.

    BalasPadam
  3. keropok tu kejap je licin bila goreng he hee
    feberet en somi mesti ada telur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, memang keropok habis dahulu sebelum nasi!

      Padam
  4. Sedapnya nampak nasi goreng tu...
    Saya pun ada dalam 2 cawan nasi dalam peti sejuk...
    Dah plan nak masak nasi goreng telur,tapi macam bukan hari ni la..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secawan, dua cawan, tiga cawan terus goreng!

      Padam
  5. Saya suka nasi Dan telur goreng..Bila dimasak Gini, lagi lah love!!! Sedapnyaaa 🤩🤩

    BalasPadam
  6. Sha pun rajin buat nasi goreng telur tapi tanpa sayur.. kikiki..

    BalasPadam
  7. Saya kalo makan harus pakai kerupuk. Beda dengan suami yg tak suka kerupuk 😂. Terkadang kebiasaan saat kecil terbawa sampai besar. Krn saya selalu dimasakin kerupuk Ama mama untuk teman makan.

    Sementara suami mungkin Krn besar di eropa, sebab mertua saya dulu diplomat yg sering bertugas di luar negara, jadi memang lah tak terbiasa dengan kerupuk saat besar 🤣

    Bicara nasi sisa, kenapa yaa saya kalo masukkan nasi sisa ke dalam kulkas, esok paginya macam keriiiing sangat. Jadi ragu nak masak ulang 😅. Akhirnya tak pernah saya masukin kulkas, tapi keluarkan dari rice cooker taro di meja. Baru esok paginya masak jadi nasi goreng

    BalasPadam
  8. Sama juga kak, selalu ada lebihan nasi dan digoreng juga.

    BalasPadam