Pages

Rabu, 4 Oktober 2023

Dari Tanjuang Alam ke Sawah Lunto Singgah di Rumah Makan Soto Urang Awak

Bismillahirrahmanirrahim. 
Pada sebelah petang, sebelum sampai ke Faza Cafe & Resto, hujan turun tidak berhenti. Hasrat untuk mengambil gambar di sawah padi terpaksa dibatalkan. Memang rasa sayang sungguh tidak dapat mengabadikan gambar kenangan di kawasan sawah padi yang bertingkat-tingkat, menghijau dan ada sebahagiannya menguning saujana mata memandang! Pohon kelapa tumbuh berjajar dengan daunnya melambai-lambai, di bawahnya pula kolam ada kolam ikan. Kata Pak Rajaab, dalam kolam-kolam tersebut terkandung ikan gurame, ikan nila dan ikan raya.

Dari Faza Cafe & Resto yang terletak di Tanjuang Alam, Pak Rajaab memandu laju arah ke Sawah Lunto. Malam mula menyerkup alam. Hanya kelihatan cahaya lampu bangunan di kiri kanan jalan. Kami sangkakan akan mengalami kesukaran untuk tidur sebab banyak kali minum kopi di siang harinya, tetapi beberapa minit kemudian suasana menjadi sunyi sepi. Suara Pak Rajaab dan Pak Herman tenggelam timbul sahaja di telinga kami. Rasa rugi pula tidak dapat mengikuti perkembangan cerita mereka berdua. Yang Amie dapat tangkap suara Pak Rajab:

  • Pemerintahan Hindia Belanda
  • Eksploitasi emas hitam atau batu bara oleh Belanda
  • Kota Wisata Belanda Kecil
  • Peristiwa kekejaman pentadbiran Belanda terhadap banduan jenayah dan politik (penentang Belanda) dari Pulau Jawa, Sulawesi dan Medan (Sumatera Utara) dibawa ke tempat ini dengan kaki, tangan dan leher terikat untuk dijadikan pekerja lombong arang batu atau batu bara. Lebih 2,000 banduan dikerah untuk membuat terowong arang batu dalam keadaan kaki dirantai. Apabila selesai waktu bekerja, bukan sahaja kaki tetapi tangan mereka turut dirantai. Sangat menyedihkan kerana tempat tinggal mereka terletak di ruangan bawah tanah yang dipasang pecahan kaca sehingga mereka tidak boleh bersandar. Mereka sering diseksa dengan sebatan cemeti dan makanan juga dicatu. Akibatnya banyak yang mati. Rupa-rupanya kerja paksa tersebut meninggalkan kesan yang amat menyedihkan kerana pada tahun 2007 apabila bekas terowong arang batu dibuka, banyak tulang-temulang manusia ditemui.
  • Semua banduan yang dibawa ke Sawahlunto sebagai pekerja paksa tidak dipanggil dengan nama mereka sendiri. Tangan mereka diberi cop nombor sebagai nama panggilan sehari-hari. Keluarga atau sanak saudara yang datang untuk menemui mereka mengalami kesulitan kerana mereka sudah tidak ada nama sebagai pengenalan diri. Akhirnya mereka mati dengan tanda nombor sahaja di tempat pengkebumian dan sehingga ke hari ini anak cucu tidak dapat menemui kubur sebenar leluhur mereka.
Untuk lanjut boleh baca di sini: 

Terngiang-ngiang suara Pak Rajaab memberitahu kami bahawa di kiri kanan jalan yang kami lalui adalah bangunan kolonial Belanda. Ketika entri ini ditulis, ada rasa kesal yang bukan sedikit kerana tidak dapat melihat dengan jelas pemandangan sekitar apa lagi mengambil gambar! Di hati hanya mampu berdoa semoga suatu hari nanti ada rezeki untuk kembali ke Sawahlunto dan menyaksikan sendiri di siang hari segala perkara yang dituturkan oleh Pak Rajaab. Pada masa yang sama teringat-ingat novel memoir Nyanyi Sunyi Seorang Bisu karya Pramoedya Ananta Toer yang menceritakan pengalamannya ketika ditangkap pemerintah Orde Baru dan dibuang ke Pulau Buru di Maluku.

Ketika van berhenti di hadapan rumah makan, kami seperti termangu-mangu, gosok-gosok mata yang susah untuk celik. Barangkali kerana tidur kami terganggu dan seolah-olahnya sewaktu duduk di bangku makan bagaikan menghadap hidangan bersahur di bulan puasa.

Sebelum kami semua tertidur di dalam van, kami berpesan kepada Pak Herman untuk singgah makan hidangan yang panas seperti sup. Jadi, Pak Rajaab berhentikan van di hadapan Rumah Makan Soto Urang Awak yang terletak di Jl. Lintas Sumatera No.184, Muaro Kalaban, Kec. Silungkang, Kota Sawahlunto, Sumatera Barat 27416, Indonesia.
Ada pelbagai menu di Rumah Makan Soto Urang Awak, tetapi kami hendak makan yang ringkas sahaja memandangkan jam sudah menunjukkan angka 8:30 malam atau pukul 9:30 malam waktu di tempat kita. 


Kami meminta soto, dan dihidangkan soto seperti gambar di atas. Kandungannay terdiri daripada bihun, kentang dan daging. Boleh tambahkan paru goreng yang tersedia dalam bungkusan seperti di bawah ini. Selain itu dihidangkan juga tauhu goreng dan nasi.

Tauhu Goreng & Kerupuk Paru

Selain keropok paru, ada keropok jering dan keropok belinjo.


Pertama kali kami makan keropok jering. Rasanya lebih 'kejeringan' berbanding keropok jering yang kami beli di Palembang.

Hidangan di Rumah Makan Soto Urang Awak merupakan menu yang agak berbeza bagi kami yang pertama kali makan di sini.

Rupa orang baru bangun untuk sahur!

Pak Rajaab dan Pak Herman.

Sesekali mencicipi Soto Urang Awak!

Amie makan soto sahaja, kunyah keropok-keropok belinjo, jering dan paru.

Selepas menyoto, kami meneruskan perjalanan dan sambung mimpi!


12 ulasan:

  1. Macam saya je, bila travel jauh dalam kereta, asyik nak tertidur. :D
    Bagusnya, pemandu pelancong, ada cerita sepanjang perjalanan. Nampak sedap sotonya. Mesti rasa lain, banding soto malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letih siang dan malam dalam perjalanan, itu sebab senang jew tidur dalam van.
      Tak jumpa soto begini di tempat kita.

      Padam
  2. Jalan jauh dalam kereta memang akan terlena punya... Tapi mcm syok juga lokasi ni. Tak pernah sampai lagi. InsyaAllah boleh la nanti jejak sejarah di sini. Tq for sharing info

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tengok kawan-kawan tidur, kita pun terus terlena sama.

      Padam
  3. Ngeri dan seribu macam rasa dalam hati bila membaca kisah siksanya mereka diperlakukan penjajah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjajah memang zalim dan tak berperikemanusiaan. Itu sebabnya nenek moyang kita sanggup bermati-matian membebaskan negara dari belenggu penjajah.

      Padam
  4. Sebab tu la kita tak mau negara dijajah lagi. Silap2 akan dilayan dan diseksa lebih teruk dari apa yg berlaku di sana kalau negara jatuh ke tangan penjajah, nauzubillah min zalik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Carneyz. Sekarang penjajahn boleh berlaku tapi dalam bentuk yang berbeza.

      Padam
  5. Soto Padang ya kak.. tapi agak beda sikiiit dr yg biasa saya liat. Krn tak ada kerupuk merah. Biasanya soto Padang identik Ama kerupuk merah 😄

    Agak beda memang soto Padang ini. Saya sendiri tak terlalu suka. Atau mungkin belum menemukan yang sedap di Jakarta ini 🤣. Harus coba di kota asal sepertinya

    BalasPadam
  6. dapat pekena soto panas, hilang rasa ngantuk...hehe...kerupuk jengkol tu menarik..belum pernah rasa...pening bau jering...

    BalasPadam