Pages

Jumaat, 13 Oktober 2023

Kelmarin Tom Yam, Hari Ini Pun Tom Yam

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini setiap kali menjelang petang, mesti mendung dan hujan turun. Bukan sahaja gelap di dalam rumah, di luar rumah juga sama. Hendak tangkap gambar masakan pun ala kadar saja, asalkan ada rupa. 

Kelmarin Amie masak tom yam. Amie masukkan udang, sotong dan isi ikan dengan tambahan putik jagung dan lobak merah sahaja. Firdaus yang nampak layu-layu rebahkan diri di ruang tamu setelah pulang dari sekolah terus melompat bangun ke dapur apabila Amie beritahu ada masakan tom yam.

Suka sangatlah Firdaus dapat hirup kuah tom yam.

Sedap berkrim, katanya.
Budak ini sudah pandai merasa jenis-jenis masakan yang singgah di mulutnya. Kuah tom yam yang pedas dan masam itu memang sangat digemarinya. Bertambah-tambah kuah masuk ke mangkuknya dan semuanya habis dihirup.

Terima kasih, Mommy.
Sedap Mommy masak. Daus mahu kuah lagi tapi habis.
Esok Mommy masak tom yam lagi ya, tapi Daus mahu makan tom yam ayam.

Tom Yam Seafood : Udang + Sotong + Isi Ikan

Petang tadi hujan lagi. Suasana gelap dan dingin. Rasanya hendak tidur saja, tapi teringat berkali-kali pesanan Firdaus untuk masak tom yam ayam, kita pun bingkas bangun masuk ke dapur. Sebelum turun dari kereta sewaktu kami hantar ke sekolah agama, sempat lagi berpesan:
Mommy, jangan lupa masak tom yam ayam!

Tom Yam Ayam

Tom Yam Seafood

Tom Yam Ayam

Seperti petang kelmarin, Firdaus mencari lagi lebihan kuah tom yam dalam periuk! Katanya, hari ini puas hirup kuah tom yam. Apabila kita tanya mana lebih sedap, tom yam kelmarin atau tom yam hari ini? Jawabnya, dua-dua sedap tapi kelmarin rasa kuah seafood, hari ini rasa kuah ayam. Memanglah anak oiiii!

Resipinya?
Sumber inspirasi masak tom yam boleh rujuk di sini: Cara Buat Prik Pao (Pes Tom Yam Thai) & Tom Yam Thai Kuah Pekat Cukup Rasa

9 ulasan:

  1. menu tomyam ni kegemaran seisi keluarga..musim2 hujan dpt hirup tomyam mmg yummmyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berpeluh-peluh ni hirup kuah tom yam di kala hujan.

      Padam
  2. Puas la Daus dapat hirup tomyam yer...hehehe
    Kita sama2 follow Salee...saya pun suka cara salee masak keranan banyak persamaan dari segi bahan dan sebutannya banyak persamaan dengan generasi lama kampung saya..contohnya "kamey(uli)....lepas(masukkan).butey(biji)..pahon((pokok) etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok tengok Salee berceloteh... Assalamualaikum kak kak yooo....

      Padam
  3. Balasan
    1. Biasanya kuahnya kering dulu ... tinggal isinya!

      Padam
  4. Memang lah tom yam itu best sangaaat. Kalo sedang tak napsu makan, dah paking benar makan Tomyam. Pedas, asam, gurih, pasti naik appetite 😄😄👍.

    Saya selalunya kalo nak Tomyam, pakai paste Tomyam yg saya sering beli tiap ke Malaysia kak 😄😄. Pernah pakai paste di sini, tapi rasanya tak terlalu sedap. LBH enak yg saya beli di Malaysia. Sekarang dah habis pula. Nanti nak beli banyak lagi kalo kesana 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fanny. Tom yam yang sedap bergantung pes yang digunakan. Boleh buat pes sendiri, tapi kalau hendak jimat masa pakai saja pes yang sudah siap beli di kedai.

      Padam
  5. tom yam ni hari2 pun x apa kak heheh sy laa tu... x reti nak jemu...org thai pun x mkn tom yam.hari2😁

    BalasPadam