Pages

Jumaat, 13 Oktober 2023

Jumpa Sosis Kanzler & Cimory Yogurt di Alfamart Palembang

Bismillahirrahamanirrahim.
Pada mulanya hendak duduk-duduk sahaja di lobi Circle One sehingga Pak Herman dan Pak Rajaab turun. Apabila kawan-kawan ajak jalan-jalan ke Alfamart yang terletak di sebelah Circle One, teringat pula pesanan Firdaus supaya membelikannya:

  • Sosis Kanzler
  • Cimory Yogurt
Sebelum terbang, Firdaus berkali-kali pesan, jangan lupa belikannya dua benda di atas itu. Sewaktu bervideo call pun, itu juga yang Firdaus sebut. Entah apa istimewanya kedua-dua pesanannya itu. Ketika berbual dengan Firdaus, Sue terdengar lalu berkata:

Di belakang kedai saya ( Amora - Sri Perdana Square) ada kedai Jajan Bestie. Di situ semuanya jajanan dari Indonesia. Cuba cari di situ, mana tahu ada.

Dan pesan Sue itu kita panjangkan kepada Encik Suami.

Apabila tidak ada aktiviti yang hendak dilakukan, berswafoto sahajalah walau di dalam kedai!

Amie perhatikan ramai di antara kawan-kawan suka minuman ini seawal kami berada di Batu Malin Kundang, Padang.

Rakan-rakan rasa teruja melihat pelbagai jenis air badak.


Apa agaknya rasa jeruk ini?


Tepekkan saja pelbagai jenis produk di sini kerana nampak cantik!













Setelah melihat pelbagai jenis makanan dan minuman, sos dan sebagainya, terjumpalah Cimory Yogurt seperti yang selalu disebut-sebut Firdaus. 

Inilah Cimory Yogurt yang dimaksudkan Firdaus.

Dan ini dia Sosis Kanzler!


Beli? Tidak Beli?
Beli? Tidak Beli?
Hendak beli, takut rosak dalam perjalanan kerana empat hari lagi barulah kami akan sampai ke LDU. Akhirnya Kemi beri cadangan, nanti kita cari di Jakarta sebelum terbang pulang.

Bayar harga barang di kaunter pun bergambar juga ke?
Buat kenangan bah!

7 ulasan:

  1. Wah..menarik betul aneka minuman tu...Biasa kat sini air badak hanya minum bila demam...ubat serbuk cap kaki tiga tu dulu pernah la makan kalau sakit gigi..masam ya ampun..Rupanya kat sana jadi minuman ringan..menarik..
    Apa lah rasanya sosis & yogurt tu Daus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronoklah kami jumpa macam-macam di sini. Itu pasal ambil gambar buat kenangan.
      Kalau Firdaus dah suka, sudah tentu rasanya sedap.

      Padam
  2. Setelah saya baca ini jadi pengen tahu dari mana asal kanzler ini. Saya pikir buatan luar negara lain 🤣🤣🤣🤣. Ternyata setelah Googling ya ampuuuun ternyata buatan Cimory company jugaaa, sama dengan yoghurt Cimory 😅😅. Kemana saja saya selama nih baru tahu hahahahah.

    Kalo Kaka lama di jakarta, saya bisa ajak ke restoran Cimory di daerah Puncak , dekat dengan jakarta. Bagus restorannya, luas sekitar 3.5 hektar. Ada Playground, mini zoo, daus pasti suka.

    Dan di sana komplit produk Cimory, mulai dari susu, yoghurt, sosis dll. Semoga nanti bisa kesini lagi ya kak Amie ☺️. Saya ajak jalan kliling jakarta 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu Akbar!
      Senangnya hati saya dengar ajakan Fanny.
      In syaa Allah, ada rezeki memang hendak jalan-jalan ke Jakarta lagi. Belum sempat jelajah banyak tempat di sana.

      Padam
  3. Owh.. ada sosej halal yang sedia untuk terus dimakan. Menarik juga ni. Biasa tengok dalam Kdrama je.
    Mungkin kat sini pun ada tapi tak pernah terfikir nak cari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sudah lama ada sosej yang boleh terus dimakan. Saya pernah beli di Surabaya pada tahun 2019.

      Padam
  4. kalau di KL, bisa cari di area Chow Kit...tah botol minuman wajib kalau ke seberang...

    BalasPadam