Pages

Jumaat, 13 Oktober 2023

Makan Nasi Padang di Rumah Makan Kemang Jaya Palembang

Bismillahirrahmanirrahim.
Tepat 2:59 petang kami tiba di Rumah Makan Kemang Jaya. Bermakna, kalau di tempat kita sudah menghampiri pukul empat petang. Ketika itulah kami menghadap santapan tengah hari. Seperti kebiasaannya, Pak Herman sudah menetapkan semua jenis lauk yang dipilih, dan semuanya termasuk dalam pakej. Pesan Pak Herman, kami harus habiskan semua makanan kerana sudah dibayar. 

Makan tengah hari di Rumah Makan Kemang Jaya.


Ketika ini kami tidak sempat berfikir untuk memilih jenis makanan kerana perut pun sudah lapar dan kami faham Pak Herman dan Pak Rajaab dengan masakan Padang memang berpisah tiada. Padang pun Padanglah. Janji boleh masuk perut! 

Nampaknya dari Padang ke Jambi, ke Palembang hingga ke Jakarta memang kami dijamu dengan nasi Padang pada sebelah siangnya!

Nasi putih, minuman dan air cuci tangan dalam mangkuk sudah tersedia di atas meja kami.

Sementara pekerja rumah makan menyediakan lauk-pauk di atas meja, sempat jugalah selit ke tempat kerja mereka.

Pangek Cubadak







Sabar menanti lauk-pauk dihidang lengkap.

Apabila perut sudah lapar, ikan selayang goreng pun rasa hendak terlam!

Gulai Tunjang

Rendang Daging


Gulai Ikan

Pangek Cubadak

Pegedil Kentang



Sembilan orang perempuan sudah bersedia untuk makan!

Baca doa makan.

Syukur dengan rezeki pada hari ini.

Alhamdulillah.

Licin habis kami makan. Tinggal sisa-sisa tulang saja.

Sue minat dengan pinggan makan di Rumah Makan Kemang Jaya.
Cantik, katanya!

11 ulasan:

  1. Banyak nya menu, sedap nya tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi Padang memang banyak pilihan lauknya. Semuanya sedap.

      Padam
  2. Saya pun minat dengam piring pinggannya yang sungguh nostalgia itu..
    Kemang kalau kat Malaysia ni kalau tak salah saya ialah binjai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo nama lain buah binjai rupanya.
      Di sini binjai dikenali dengan nama buah belunu.

      Padam
  3. Pinggan nostalgia tu mmg lawa :)
    Lapar sungguh tu, licin semuanya dikerjakan oleh ibu-ibu ye :D
    Cubadak tu apa ye Kak Amie?

    BalasPadam
  4. Sy pun berkenan betul dgn pinggan sajian mereka ni, Kak Amie. Huiiii.. licin lauk nasi padang dikerjakan 9 jelitawan 😍.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Pak Herman selalu pesan kalau tak habis makan, rumah makan yang untung sebab semuanya Pak Herman sudah bayar.

      Padam
  5. Padahal sudah di Palembang, dan makanan Palembang banyak yg enak kak πŸ˜„. Tetap saja Padang yaaa.

    Kalo ke Palembang ofkors lah saya tak pernah skip pempek . Yg paking terkenal pempek beringin atau pempek Vico. Tapi mau makan di manapun pempek di sana semua enak πŸ€£πŸ‘

    Lalu ada mie celor, yg wajib coba. Fav saya di mie celor poligon.

    Trus ada martabak har. Ini pun enak.

    Trus pindang udang, 😍😍. Besar2 biasanya. Ada juga pindang ikan patin tapi saya LBH suka udang.

    Kuliner lain palembang LBH mirip Ama kuliner Malaysia, seperti nasi minyak, Laksan, celimpungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa sayang juga sebab tak mencuba masakan Palembang. Pak Herman dan Pak Rajaab hanya biasa dengan makanan Padang. Kami pun kurang info tentang masakan Palembang. In syaa Allah, ada rezeki lain kali boleh jalan-jalan cari makanan khas Palembang pula.

      Padam
  6. saya nampak pinggan klasik tu twrus terbuka mata. rare tu kak resto pakai pinggan mcm tu. mesti byk kan simpanan pinggan ni kat resto? terbaik tauke!

    lauk-pauk padang ni mmg buat rambang mata. rasa nak try je semua kalau ikut nafsu😁

    BalasPadam