Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah semalaman melalui gelombang perjalanan yang tidak pernah terlintas dalam mimpi, akhirnya kami selamat tiba pada pukul 6:30 pagi di tempat penginapan yang lebih sesuai dijadikan tempat transit sahaja. Tempat penginapan kami di Hotel Circle One terletak di Jl. Lingkaran 1 No.393A, 15 Ilir, Kec. Ilir Tim. I, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30124, Indonesia. Kami dijadualkan meneruskan perjalanan pada pukul sembilan pagi. Pukul lapan pagi, sarapan berupa mi goreng dihantar ke bilik masing-masing.
Circle One |
Seperti hari sebelumnya, masuk sahaja ke bilik kami terus rehatkan diri. Tak sempat ambil gambar seperti kebiasaannya. Layan mata dan layan tubuh badan yang letih, luruskan pinggang dan kaki terlebih dahulu.
Tepat pukul sembilan pagi, Gee sudah berada di lobi.
Teh Laici |
Kami beli minuman di mini kafe yang terletak di sebelah ruangan menunggu di Circle One.
Beginilah keadaan mini kafe di Circle One.
Menjelang pukul 10 pagi, Pak Herman dan Pak Rajaab tidak muncul. Mesej sudah dihantar, dan juga dihubungi melalui telefon tetapi tiada sebarang jawapan. Kami terus menunggu.
Sebagaimana letihnya kami, sudah tentu mereka letih berganda-ganda!
Kami terus menunggu sambil terus membeli makanan dan minuman di kafe.
Memandangkan tiada respon dari kedua-dua pemandi pelancong dan pemandu van, kami bersangka bahawa kedua-duanya masih tidur atau berehat dan sepakat keluar dari hotel untuk jalan-jalan di kawasan sekitar.
Masuk Indomart.
Masuk Alfamart.
Masuk Alfamart.
Satu jam kemudian kami kembali semula ke Circle One dengan oleh-oleh masing-masing.
Kami meminta jasa baik pekerja hotel supaya mengetuk pintu bilik mereka, tetapi tiada sebarang jawapan!
Menunggu dan terus menunggu sehinggalah pukul satu tengah hari.
Terakhir, kami meminta pekerka hotel membuka pintu mereka! Dan benarlah sangkaan kami. Mereka masih tdur! Semalaman dari Paya Kumbuh ke Jambi. Semalaman lagi dari Jambi ke Palembang. Ikut logik, memang tidak cukup rehat setakat dua atau tiga jam!
Pukul 2:24 petang, barulah Pak Herman muncul!
Kami berbincang untuk memutuskan destinasi yang perlu dilawati memandangkan masa sangat terhad.
Waduh waduh penat sungguh nampak gayanya bapak berdua tu ye... Apapun mereka juga perlukan rehat yg cukup, risau pula jika nak memandu dlm keadaan letih dan menngantuk...
BalasPadamYa, betul. Mereka yang sepatutnya cukup rehat.
PadamPart bergambar ramai2 tu yg syok tu! Meriah!
BalasPadamTak kerja lain waktu tu, gambar beramai-ramai lagi syok kan Uncle.
PadamPenat betul tu,agaknya dapat ja bantal..hanyut ke laut dalam bapa bapak tu..nasib baik kembali ke daratan akhirnya..hihihi
BalasPadamIsh sedap pula nampak teh laici tu..selalunya kalau saya la.. aneka minuman ni idea datang time bulan puasa je..
Kami penat tak apa, boleh tidur dalam van. Kalau bapak-bapak tu penat, memang risaulah .
PadamKalau plan awal jumpa jam 2 pm pasti ahli rombongan juga dapat tidur dan berehat lagi instead kena berkumpul jam 9 pagi.
BalasPadamTapi biasalah kalau dah namanya melancong, pasti akan cuba memaksimakan masa untuk berlibur.
Itulah ada orang kata namanya jalan-jalan cari penat kan Faizah.
Padammmg penat betul tu pak supir dgn guide..
BalasPadamPenat berganda-ganda berbanding kami.
PadamManis2 buah ceri,
BalasPadammanis lagi pembaca komen ni,
Kalau diri tu sudi,
jom la join segmen ni. >_<
jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html
Terima kasih Cuya.
Padammoden hotelnya...menarik tehnya...pelbagai perisa..
BalasPadam