Pages

Ahad, 24 September 2023

Teruskan Aktiviti Melontar IDR di Cahaya Bordir

Bismillahirrahmanirrahim.
Tempat pertama kami tuju sebaik sahaja meninggalkan Bamboosa Guest House ialah Cahaya Bordir yang terletak di No. 78 Jalan Veteran, Simpang Jirek, Bukittinggi, Indonesia.

Sesiapa yang tidak berhajat untuk membeli-belah, bolehlah duduk di bahagian luar sambil menikmati kopi percuma. Untuk masuk ke bahagian dalam, pelanggan dikehendaki membuka kasut masing-masing. Tetapi kami sudah terlajak memakai kasut, jadi dimaafin saja.

Pemburu kain sulam Bukit Tinggi.


Kain sulam untuk dibuat baju pasang, kebaya labuh dan jubah kelihatan cantik-cantik belaka! Harganya pun cantik tetapi masih mampu beli. Cuma yang tak berapa nak seronok sejak kelmarin sudah tentunya tak dapat menawar harga seperti kebiasaan kita membeli. Harga sudah ditetapkan dan tidak ada diskaun walaupun banyak helai kami beli! Pendek kata mereka yang membuka harga dan menutup harga mati. 
Hendak beli rasa tak seronok, tak beli nanti teringat-ingat pula.
Baiklah menyesal beli dari menyesal tak beli.
Kain sulam memang agak berat.
Beli empat helai sudah seberat 3.7 kilogram!
Beli di kedai sana, beli di kedai sini, campur itu ini memang sudah melebihi had berat beg masing-masing.


Nano kata, ngam betullah kain sulam warna putih dan merah jambu  ini dipakai oleh Guru Penasihat Pergerakan Puteri Islam Malaysia.



Selain rambang mata memilih kain sulam, naik juling pula melihat pelbagai rupa telekung yang cantik-cantik belaka. Maka kami pun mulalah menghitung-hitung membeli telekung sebagai oleh-oleh untuk keluarga terdekat.


Oleh kerana petang kelmarin sudah membeli kain sulam berhelai-helai di Mayang Taurai, hari ini hendak menambah koleksi. Mulalah terkerut-kerut dahi mengingat warna apakah yang sudah dibeli di Mayang Taurai. Jadi di sini hendak pilih warna apa pula? Di Cahaya Bordin kami tidak lagi menemui kain sulam yang sama seperti di Mayang Taurai. Alhamdulillah. Tidak menyesal membeli!


Jangan sampai bercantum kening nak pilih mana satu kain sulam yang berkenan di hati!


Tak bolehlah berlama-lama di sini. Nanti tak dapat hendak jejak kaki ke destinasi seterusnya. Cukup-cukuplah melontar IDR di Cahaya Bordir. Kita ke tempat lain pula! Beli banyak-banyak kain penuh beg, nanti kena cukai pula di KLIA.... ahaks!

5 ulasan:

  1. Kalau bercuti ke Indonesia, memang rambang mata dibuatnya, semua cantik-cantik dan harga sangat mampu milik.Pergi 1 bagasi, balik beranak pinak bagasi tu hehe

    BalasPadam
  2. Rambang mata tengok kain pasang dan telekung sulam..
    Tapi tak puas la kan tak boleh tawar menawar🤭

    BalasPadam
  3. Biasanya kalau sudah ada harga yg di cantumkan di kain / pajangan susah atau tak bisa di tawar lagi kak,itu sudah harga mati hehhehe...ngiler ya liat kainnya cantik"

    BalasPadam
  4. Saya pun tak paham kenapa banyak tempat perbelanjaan di sumatera barat tak bisa tawar. Waktu saya kesana, kami pun tak boleh nawar harga. Take it or leave it 🤣🤣

    Mungkin Krn semua handmade yaa, jadi mereka nak jaga harga supaya tak jatuh.

    BalasPadam