Bismillahirrahmanirrahim.
Pak Raajab memandu van parawisata dengan cermat menuju ke Taman Tabiang Takuruang yang terletak di Kawasan Wisata Tabiang Takuruang, Jorong Jambak, M8QR+HPR, Sianok Anam Suku, Kec. Iv Koto, Kabupaten Agam, Sumatera Barat 26161, Indonesia.
Pak Raajab memandu van parawisata dengan cermat menuju ke Taman Tabiang Takuruang yang terletak di Kawasan Wisata Tabiang Takuruang, Jorong Jambak, M8QR+HPR, Sianok Anam Suku, Kec. Iv Koto, Kabupaten Agam, Sumatera Barat 26161, Indonesia.
Panorama Taman Tabiang Takuruang dari Kapa Toman. |
Taman Tabiang Takuruang jauhnya lebih kurang tujuh kilometer dari Kota Bukit Tinggi melalui jalan yang agak berkelok.
Taman Tabiang Takuruang sangat sesuai untuk para pencinta alam semula jadi. Kami sekadar singgah seketika sahaja kerana tujuan kami kali ini tidak akan berada lama di Padang dan Kota Tinggi. Kami mempunyai rencana untuk ke Jambi dan Palembang.
Kapa Toman Cafe bentuk kapal yang unik! |
Ketika ini jam menunjukkan angka 10 pagi tetapi sangat terik dengan pancaran cahaya matahari. Pada masa yang sama di tempat kita sudah pukul 11 pagi.
Jom kita naik ke Kapa Toman.
Sudah tentulah rasa teruja kerana akan naik kapal kayu yang berada di daratan! Biasanya kapal terletak di lautan untuk belayar tetapi kali ini kita belayar di kawasan perbukitan.
Kapa Toman mempunyai ukuran ketinggian 20 meter dengan kelebaran lapan meter serta panjang 20 meter. Kapal yang diperbuat dari kayu dan memakan masa pembinaan selama setahun ini merupakan sebuah kafe. Ia terletak di pinggir sungai menghadap Tabiang Takuruang dan tempat yang sangat strategik untuk menikmati pemandangan hijau di sekitar Ngarai Sianok.
Kapa Toman Cafe |
Uniknya di hujung Kapa Toman, identiti Minang tidak dapat dipisahkan. Ada replika tanduk kerbau di situ menandakan terjemahan bumbung rumah adat Minang yang menyerupai tanduk kerbau.
Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang agak lama di sini, jadi Amie hanya ambil gambar di sekitar Kapa Toman Cafe sahaja. Suasananya memang sangat tenang dengan warna hijau pepohonan dan langit biru. Awan yang tipis dan gumpalan awan tebal yang berada nun jauh dari persekitaran Kapa Toman Cafe sudah dapat bayangkan betapa teriknya pancaran matahari ketika ini.
Kalau berekreasi di sini sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang mandi-manda!
Nano sempat membeli Pisang Krispi dan Amie beli Tapai Krispi.
Kami makan bersama-sama di dalam van.
Nano : Pisang Krispi |
Amie : Tapai Krispi Ke mana lagi selepas ini? Kenalah buka nota dalam HP, baca catatan dan tengok gambar dalam galeri. Maklumlah banyak memori sudah keluar dari radar ingatan.... hiks! |
harga makanan yang ditawarkan juga lumayan ya,
BalasPadamSumatra Barat memang berkelok" ya kak,tempatnya unik dan sejuk,wah pisang goreng dan tapai goreng ke sukaan saya tuuu...habis Palembang itu Lampung kak,tempat saya paling ujung pulau Sumatra๐
BalasPadamTapai krispi tu dari tapai ubi ke Kak Amie? Dulu pernah makan mak goreng, sedapnya la haiii... manis masam.
BalasPadamMenarik tempatnya. Pisang krispi biasa jumpa. Tapai krispy, ini pertama kali tengok. :)
BalasPadamMenarik ni…kafe atas kapal. Cantik tempatnya.
BalasPadamTapai krispi tu tapai ubi yang digoreng ya?
BalasPadamPernah makan tapai goreng di Terengganu, sedap.
Menarik....
BalasPadamSaya pun terfokus tapai krispi jugak ni
Saya sendiri belum sampai kesana kak Amie ๐. Cantiii tempatnya yaa. Tapi saya tertarik dengan pisang krispinya. Dari dulu untuk gorengan, saya lebih suka pisang goreng. apalagi kalo rasanya manis ๐
BalasPadam