Pages

Sabtu, 16 September 2023

Teka Berat Mangga Udang

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi lambat bangun, sebab semalam tidur lewat kerana menghadiri majlis perpisahan dengan dua orang rakan sekerja. Seorang akan sambung belajar peringkat sarjana dan seorang lagi naik pangkat bertugas di Pejabat Pendidikan LD.

Apabila masuk dapur hendak sediakan sarapan pagi, mata terpandang dua biji mangga udang yang Encik Suami kutip di belakang rumah. Saiznya agak berbeza. Sebiji agak besar. Sebiji agak kecil. Sudah tentu beratnya pun tidak sama.

Mangga Udang

Jom kita main teka-teka untuk suka-suka. Berapa berat setiap biji mangga udang ini? Amie sudah timbang kedua-duanya. Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, Amie akan berikan hadiah.

Mangga 1 - Mangga saiz agak besar.

Mangga 2 - Mangga saiz agak kecil.

Selamat meneka dan selamat berhujung minggu! Semoga berjaya dan nantikan hadiahnya. Tarikh tutup untuk meneka akan Amie maklumkan kemudian.

13 ulasan:

  1. Tidak pantai teka.
    Mangga 1: 500g
    Mangga 2: 300g

    BalasPadam
  2. Uncle bab teka-teka ni memang fail....

    BalasPadam
  3. Wah...besarnya...
    Nak teka jugak lah
    Yang besar- 2.1kg
    Yang kecik - 1.6kg..
    Alang2 nak teka biar berat terus🤣

    BalasPadam
  4. Saya ikut meriahkan saja kak Amie 😁. Yg mangga 1 kurang lebih 300 gr. Yang mangga 2 sekitar 250gr lah. ☺️

    BalasPadam
  5. Nak cuba teka juga.
    Mangga 1 : 690 gram
    Mangga 2 : 450 gram

    BalasPadam
  6. Wah besar betul saiz mangga ni. Macam berat je tu yang besar. Saya teka jugaklah.
    1st : 1.6kg
    2nd : 1.2kg

    BalasPadam
  7. Mangga 1 : 688gram
    Mangga 2: 289gram

    BalasPadam
  8. Besar buah mangga ni berdasarkan pada saiz penimbang tu. Teka-tekinya dah tutup belum ni, Kak Amie?

    Sy acah² cuba jugaklah..

    Mangga 1 : 955 gm
    Mangga 2 : 890 gm

    BalasPadam
  9. Nak Cuba juga.
    1. 1.1 kg.
    2. 820 gram.

    BalasPadam
  10. kasi pukul rata...semua 1 KG hehehe

    BalasPadam
  11. Nak teka jugalah 😁
    Mangga 1 = 500g
    Mangga 2 = 400g

    BalasPadam
  12. sy try ya. mangga 1 = 1.2kg. mangga 2 = 750g

    BalasPadam
  13. SA mmg x pandai teka..tp SA dh tau siapa pemenang nya

    BalasPadam