Pages

Sabtu, 16 September 2023

Mi Tarik Bandung

Bismillahirrahmanirrahim.
Moga semua dalam keadaan baik-baik sahaja sepanjang hari ini.
Jom sarapan Mi Tarik Perencah Mee Bandung Muar.

Mulanya hendak goreng mi tarik saja tetapi tiba-tiba teringat ada dua bungkus Perencah Mee Bandung Muar tersimpan lama dan  belum digunakan. Apabila melihat tarikh luput : 07.04.2026, syukurlah belum sampai tempohnya. Biasanya mi bandung gunakan mi kuning tapi terfikir pula untuk masak mi bandung gunakan mi tarik. Jadilah Mi Tarik Bandung .... ahaks!

Mi Tarik Bandung

Mi Tarik Bandung


Kalau ikut di belakang bungkusan Perencah Mee Bandung Muar, memang sangat mudah. Bab masukkan telur bersama makanan laut dan sayur sawi dan masak selama 10 minit itu Amie tak boleh bayangkan bagaimana hasil kejadiannya. Firdaus mahu telur separuh masak. Jadi Amie masak ikut cara sendiri. Telur itu Amie rebus berasingan untuk hasil seperti yang dikehendaki. Ada penambahan bahan yang Amie gunakan iaitu air rebusan kulit udang dan biskut Marie.



Sebungkus Perencah Mee Bandung Muar ini boleh dimasak untuk hidangan tujuh orang. Memang banyaklah hasilnya. Tak habis kami makan bertiga. Nanti boleh ulang makan lagi.


Resipi Mi Tarik Bandung
Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mi tarik - wheat noodle
  • 1 bungkus Perencah Mee Tarik Bandung ADAMI - 200 gram
  • 1 cawan sotong yang sudah dibersihkan
  • 1 cawan udang yang sudah dibersihkan
  • 1 pokok sawi - potong ikut cita rasa
  • 3-7 biji telur - Amie gunakan 3 biji sahaja dan rebus berasingan - didihkan air - pecahkan telur dan rebus selama 1 minit
  • 5 biji bawang merah
  • 5 cawan air
  • 2 cawan air rebusan udang
  • 10 keping biskut Marie - hancurkan
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Rebus mi tarik di antara 8-10 minit - angkat - toskan - bilas di bawah air mengalir.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah sehingga layu.
  3. Masukkan air dan air rebusan udang.
  4. Apabila mendidih, masukkan biskut Marie, sotong, udang dan sayur sawi.
  5. Kemudian masukkan mi tarik, dan tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Padamkan api dapur. Masukkan telur (yang sudah direbus berasingan).
  7. Hidangkan panas.

Semangkuk Mi Tarik Bandung akan di hantar ke Tanah Jauhar dan Seri Kembangan:
  • Tanah Jauhar : SK yang merperkenalkan perencah mi bandung untuk kita cuba.
  • Seri Kembangan : Mama Cella yang memperkenalkan mi tarik.

8 ulasan:

  1. Wah....terima kasih untuk semangkuk mee tarik bandung...🥰
    Semalam ada rakan kerja open order homemade organic noodle..ada mee labu,bayam,lobak merah dan mee biasa.Saya order mee bayam.Masa tengok mee labu tu teringat kat Cikgu nun di LD
    .Rupanya dok masak mee tarik yer

    BalasPadam
  2. Unik juga pakai remahan Marie 👍. Kak Amie ini selain pintar masak, semua platingnya pun cantiiik dan tertata rapi. Dah macam masakan untuk foto buku menu ❤️👍

    BalasPadam
  3. Masak menggunakan pes ni kerja masak jadi mudah. Olahan resipi kak Amie tambah biskut marie tu memang style orang lama. Itu yang buat lagi sedap tu. Takpun serpihan biskut lutut yang keras tu. Menyelerakan sungguh!

    Saya pun kenal mi tarik dari mama cella. hihi..pengaruh rakan blogger.

    BalasPadam
  4. Sedapnya mee tarik bandung yang Kak Amie hantar ni. Pertama kali la sy merasa perencah mee bandung jenama Adami. 🤣

    BalasPadam
  5. Menariknya mi bandung ni.
    Biskut Marie tu fungsinya untuk memekatkan kuah ke Cikgu Amie?

    BalasPadam
  6. telurrrr itu yang menggodaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  7. Bagai terasa terasa di tekak SA ni kak amie .sedapnya dengan aroma mee bandung ..aduhai...apekah kena repeat lagi mee bandung ni...

    BalasPadam