Pages

Jumaat, 22 September 2023

Semalam di Bamboosa Guest House

Bismillahirrahmanirrahim.
26 Ogos 2023.
Lewat pukul 10 malam barulah kami daftar masuk ke tempat penginapan iaitu Bamboosa Guest House yang terletak di Jl. Prof. Bahder Johan No.38, Campago Ipuh, Kec. Mandiangin Koto Selayan, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26121, Indonesia.

Letih dan mengantuk!
Tidak sempat ambil gambar tempat penginapan kami seperti kebiasaan yang Amie lakukan sekiranya berada di tempat seperti ini. Begitu dan begini, setelah membersihkan diri dan solat jamak, hampir tengah malam jugalah baru dapat lelapkan mata. Apabila bangun pagi, hanya tangkap gambar di bahagian tertentu sahaja. Maklumlah, bahagian lain seperti bilik dan ruang tamu sudah banyak tambahan aksesorinya.... ahaks!

Bamboosa Guest House


Inilah sebahagian daripada ruangan di dalam rumah penginapan kami. Melihat televisyen zaman dahulu, rasa seperti berada dalam era 1980-an. Amie dan Kam berada di dalam bilik yang terletak di tingkat atas. Kawan-kawan yang lain berada di tingkat bawah.

Di sebalik barang hiasan ini ada Bilik 1 yang agak luas.. Di sinilah Nano, Jusna dan Gee bertiga tidur. Sementara Liza dan Kemi di bilik sebelah kanan manakala Sue dan Hajah berada di bilik sebelah kiri.


Masa yang sangat singkat berada di Bamboosa Guest House menyebabkan kami tidak sempat untuk bersantai-santai di ruang dapur. Kononnya hendak masak airlah, hendak bancuh minuman panaslah, hendak sterika pakaianlah! Namun akhirnya semuanya pengsan diselimuti keletihan.

Sue dan Hajah di Bilik 2 manakala Liza dan Kemi di Bilik 3.


Selamat pagi Campago Ipuh, Kecamatan Mandiangin Koto Selayan, Kota Bukit Tinggi.
Bilik kami tidak ada pendingin hawa, tetapi suhu sangat sejuk! Ya, Bukit Tinggi memang diselimuti kedinginan!

Pukul empat pagi Amie terjaga dari tidur kerana Kam kejutkan untuk solat subuh. Oh, Kam sudah selesai solat subuh rupanya. Amie melihat jam dan teringat sebelum tidur sempat melihat waktu solat subuh pada pukul 4:59 pagi. Sekarang baru pukul empat pagi. Amie beritahu Kam, barangkali itu azan pertama seperti di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Nanti apabila terdengar azan kedua, barulah masuk subuh. Amie tarik selimut!

Tidak lama kemudian, Kam kata terdengar suara azan sekali lagi. Katanya, barangkali itu azan kedua. Amie rasa belum masuk waktu subuh sebab jam baru menunjukkan angka 4:39. Setelah Amie amat-amati, sebenarnya bukan suara azan tetapi suara orang membaca al-Quran. Tidak lama kemudian, kedengaranlah azan kedua. Waktu itu memang sudah masuk waktu solat subuh.
Jadinya, pagi itu Kam solat subuh dua kali.

Sarapan pagi dijadualkan pada pukul tujuh pagi. Kami turun ke tingkat bawah dan mendapati kawan-kawan yang lain belum bersiap. Jadi kami jalan-jalan di luar rumah menikmati suasana pagi.

Ini kaunter Bamboosa Guest House.
Daftar masuk di sini.

Sempat mengintai di belakang rumah penginapan. Ada lorong kecil menuju ke tempat sarapan tetapi makanan belum tersedia.


Terdapat susunan buku bacaan di dalam rak di tepi meja makan.

Pokok oregano variegated yang beraroma segar berjuntai menghiasi rak buku.


Antara pemandangan hijau di sekitar Bamboosa Guest House.


Bahagian hadapan Bamboosa Guest House.



Terpandang tempat penginapan berbumbung atap rumbia yang cantik berhadapan dengan Bamboosa Guest House. 


Tempat penginapan ini letaknya di seberang jalan, dan untuk sampai ke sana perlu menyeberangi sungai.



Nampak subur pokok-pokok pisang dengan buahnya yang masih muda menghiasi persekitarannya.



Masih menunggu Nano, Jusna, Sue dan Hajah untuk sarapan bersama.


Seorang pekerja membawa makanan untuk dihantar kepada pengunjung Bamboosa Guest House.


8 ulasan:

  1. Isssh cantiiiik dia punya view kak Amie 😍😍😍😍. Terlihat sejuk, design ruangan pun homey sangaaaat.

    Kalo ke bukitinggi saya selalu di hotel. Tapi kalo nanti kesana lagi, nak stay di sinilah.

    Bukittinggi memang sejuk, itu kenapa saya sukaaa kota ini.

    Tv nya jadul sangat 😅. Masih ada yaa tv seperti itu. Tapi kondisi dalam rumah terlihat selesa, macam kita sedang di desa kan. Buat saya yg jenuh dengan kondisi jakarta yg polusi, melihat bamboo guest house ini jadi teringin nak refreshing kesana ❤️

    BalasPadam
  2. Cantik!
    Suasana mesti rasa tenang je kan, dgn kehijauannya tu ...

    BalasPadam
  3. CANTIK RUMAH INAP SELESA SERONOK BERCUTI SANTAI

    BalasPadam
  4. Wow..Dua kali ye solat Subuh..Haha
    Btw, cantik tempat ni..Enjoy 🩷

    BalasPadam
  5. Dapat pahala lebih la Kam solat subuh dua kali, hihi.

    BalasPadam
  6. Wah cantik tempanya..Nostalgia mangkuk tingkat.Kami panggil "sia" tapi kena sebut sengau sikit baru bunyinya betul idghom ma'al ghonnah tu🤭

    BalasPadam
  7. Cool je kawasan sekitar guest house tu dan rumah pun nampak selesa.

    BalasPadam