Pages

Jumaat, 22 September 2023

Nasi Arab Lauk Ikan Goreng Berempah

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom makan tengah hari di Restoran Rumpun Selera LD. Selesai solat Jumaat bersama Firdaus, Encik Suami ambil kita di sekolah dan sama-sama hantar Firdaus ke sekolah agama. Kemudian kami pun menghala ke Bandar Sri Perdana dan singgah di Restoran Rumpun Selera.

Kami layan diri, ambil nasi arab dan pilih lauk sendiri. Walaupun sudah banyak lauk yang luak dari dulang, tetapi masih ada bakinya yang boleh dikaut masuk ke dalam pinggan nasi arab. Ada kari kambing, daging lembu, pelbagai jenis ikan, ayam dan sebagainya. Mula-mula Amie ambilkan untuk Encik Suami aasi arab dengan ayam goreng berempah. Tambahkan juga semangkuk kecil acar timun. Untuk Amie sendiri, Amie nasi arab lauk ikan goreng berempah. Lupa pula untuk ambil sambal. Sudah duduk di meja (bahagian dalam - bilik berhawa dingin), malas pula hendak bangun semula ke tempat sambal.

Amie : Nasi Arab Lauk Ikan Goreng Berempah

Nasi Arab & Ikan Goreng Berempah, Acar Timun & Papadom

Encik Suami : Nasi Arab & Ayam Goreng Berempah

Nasi Arab & Ayam Goreng Berempah & Papadom

Sup Kaki Ayam

Minuman : Chinese Tea

Walaupun sudah ada Sup Kaki Ayam, tetapi pelayan restoran melengkapi hidangan makan tengahari kami dengan sup kosong dua mangkuk kecil yang mash panas.

Bismillah.

  • 1 Nasi Arab Ikan Goreng Berempah, Acar Timun, Papadom dan Sup Kosong
  • 1 Nasi Arab Ayam Goreng Berempah, Acar Timun, Papadom dan Sup Kosong
  • 1 Sup Kaki Ayam
  • 2 Chinese Tea Panas
  • 1 Air Suam
Encik Suami kata semuanya RM39.80 sen.
Dalam keadaan harga beras naik sekarang ini, agaknya berbaloi tak harga makan tengah hari kami berdua?

5 ulasan:

  1. Kalau rasanya sedap, sudah tentu berbaloi. :)
    Nasi arab mahal sikit, sebab guna brasmathi. Kalau makan nasi campur biasa untuk dua orang, murah sikit sini, tak lebih RM30.

    BalasPadam
  2. Aiisssh murah lah kak. Di sini makan nasi arab dengan lauk kari dah habis Rp 100 ribu per orang 🤣🤣. Di sana udh 2 porsi, tambah minum pula 👍. Ayam berempahnya kliatan sedaaap dan gurih 🤤

    BalasPadam
  3. murah sangat kak...dekat sini makan nasi arab tak dapat dah harga tu

    BalasPadam
  4. Belum pernah lagi makan nasi arab dengan ikan goreng, selalu npak Kak Amie makan begini, murah pulak tu harganya.

    BalasPadam
  5. Menarik tu kombinasi dengan ikan berempah.Altenatif untuk yang tak makan daging dan ayam juga tu

    BalasPadam