Bismillahirrahmanirrahim.
Bermalam di Bamboosa Guest House, keesokan paginya disediakan sarapan pagi. Alas perut yang seadanya ini berupa sepiring nasi goreng dan pilihan minuman panas samada kopi atau teh. Tiada makanan atau minuman lain selain yang disediakan.
Nampaknya kami mendahului Nano, Jusna, Sue dan Hajah. Sementara menunggu mereka tiba di tempat sarapan, kami tertawa apabila mendengar ulangan cerita Kam yang solat subuh dua kali kerana adanya azan dua kali di masjid berhampiran. Kemudian tidak putus-putus pula suara kanak-kanak belajar mengaji dengan pembesar suara. Dan seakan-akan kedengaran pula suara wanita, mungkin ustazah mengajar hukum tajwid, dan kemudian diikuti dengan cara-cara mengambil wudhu'. Rupa-rupanya setelah bertanya kepada Pak Herman dan Pak Raajab, setiap hari Ahad ada program Didikan Subuh di pusat pengajian untuk kanak-kanak sekolah rendah di seluruh Sumatera Barat. Mereka belajar mengaji Quran sehingga pukul lapan pagi. Dan memang akan kedengaran suara mereka kerana memang menggunakan pembesar suara. Bagus sungguh program begini!
Sepiring Nasgor & Secawan Teh Celup |
Selamat pagi! |
Sarapan bermula pada pukul tujuh hingga 10 pagi.
Sepiring Nasgor. |
Barulah nampak Nano dengan Jusna.
Nampaknya pagi itu semua dalam keadaan ceria.
Cukup tidur.
Cukup rehat.
Cukup rehat.
Selepas sarapan, sudah tentu akan terus daftar keluar dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang dirancang.
Pukul sembilan pagi, kami tinggalkan Bamboosa Guest House.
Wahhh.. nasgor.. menu yang selalu ada di dapur sy ni Kak Amie 😍
BalasPadamCantik la kombinasi warna nasgor dan kerupuk pink tu..
BalasPadamTeh pun bila dah jadi nama teh celup terus rasa teringin...🤣
Nampak menyelerakan nasi goreng tue..
BalasPadamSeronoknya bersarapan reramai
BalasPadamSarapan nasi goreng pun dah cukup bagi saya, apalagi pakai teh celup Sosro 😄
BalasPadamDi sumatera barat memang banyak program pengajaran agama seperti itu kak. Daerah itu memang lebih islami di banding daerah lain di Indonesia. Bahkan menurut saya Aceh yg pakai hukum Islam pun tak seperti itu