Pages

Khamis, 21 September 2023

Pemenang Teka Berat Mangga Udang

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih ingat tak entri 16 September 2023 : TEKA BERAT MANGGA UDANG?
Nampaknya tiada seorang pun yang dapat meneka dengan tepat. Bagaimanapun, mari kita lihat paparan seterusnya, mana tahu ada yang bernasib baik dapat menjawab hampir tepat!

Teka Berat Mangga Udang

Mangga 1

Berat Mangga 1 : 2.259 kg.

Mangga 2

Berat Mangga 2 : 1.759 gram


Alhamdulillah, dalam banyak-banyak yang meneka ada juga yang hampir menyangkut! Siapakah pemenang bertuah itu?

Jeng jeng jeng!

Pemenangnya ialah MAMA CELLA! Walaupun kurang timbangan beratnya, tetapi inilah satu-satunya jawapan yang hampir dengan berat sebenar. Mangga 1 seberat 2.259 kg, Mama Cella teka 2.1kg dan Mangga 2 seberat 1.759, Mama Cella teka 1.6kg.


Tahniah buat Mama Cella dan terima kasih kepada rakan-rakan lain yang turut memeriahkan teka berat mangga udang. Nampaknya rezeki kali ini memihak kepada Mama Cella. In syaa Allah hadiah akan dikirimkan segera. Nanti Mama Cella hantar details ke emel salamiez@gmail.com

13 ulasan:

  1. Dah lama tak singgah blog kawan2 baru tau ada teka berat mangga ni πŸ˜… Tahniah buat Mama Cella!

    BalasPadam
  2. saya terlepas entry ni..mamacella cuba bagi tips sentiasa bertuah ni mandi bunga pakai bunga jenis apa..hahaha(gurau je naaa ;))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi..mandi 🎼bunga bunga cinta ..layu di pusara🎢🎡 🀭🀣

      Padam
  3. wah..besar tu..congrats mamacella!!!

    BalasPadam
  4. Eh..
    Alhamdulillah..
    Terima kasih Cikgu Amie tetap memilih saya sebagai pemenang walau tekaan tidak begitu tepat.
    Maknanya buah mangga tu lagi berat dari tekaan saya la kan..
    Masyaa Allah rezeki Allah

    BalasPadam
  5. Waaahhh.. tahniah mamacella.
    Memang berat betullah mangga tu kalau sebiji lebih dari 2kg.

    BalasPadam
  6. Aiseymen.... terlepas segmen teka berat mangga ni :D
    Ada lagi ke yg nak diteka beratnya haha..
    Tahniah Mak Cella πŸ†

    BalasPadam
  7. Rasanya dulu pun mamaCella pernah menang teka berat buah di blog ni.

    Hebat lah! Tahniah mamaCella πŸ‘

    BalasPadam
  8. tahniah mamaCella ye... sila share bila dpt hadiah heheheh

    BalasPadam
  9. Ya Allah besaaaaar kalo sampai 2 kg 🀣🀣. Saya terkecoh dengan foto yg terlihat ramping hahahaha

    Anyw, congrats mamacella πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. Semoga dapat mangga sedap dari kak Amie πŸ˜„

    BalasPadam
  10. Perghhhh.. besar betul mangganya tu, Kak Amie. Mama Cella mesti biasa beli mangga besar² ni.

    BalasPadam