Pages

Khamis, 14 September 2023

Mencari Gulai Tambusu di Rumah Makan Lamun Ombak

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau berkunjung ke Padang, tidak sah jika tidak menjamu selera dengan Nasi Padang. Sebaiknya kalau dapat menikmati nasi putih bersama puluhan pilihan lauk yang baru siap dimasak dan masih panas, alangkah nikmatnya!

Nasi Padang dihidangkan di rumah makan atau restoran Padang yang mudah ditemui di bandar-bandar besar Indonesia seperti di Sumatera, Jawa, Kalimantan, Nusa Tenggara sehinggalah ke Papua dan menjangkau ke negara kita, Malaysia, Singapura bahkan sampai ke Australia. Asal nama Nasi Padang merujuk kepada Kota Padang, ibu bandar wilayah Sumatera Barat. Masakan Padang atau masakan Minang terkenal dengan penggunaan santan dan cili serta rempah-rempahan. Bahan masakan yang diolah termasuklah hasil dari sawah, laut dan darat. Memang meriah sungguh melihat pelbagai masakan dari dapur rumah makan Padang dari sekecil-kecilnya ikan sehinggalah sebesar-besarnya lembu atau kerbau! Tidaklah bermaksud dihidang lembu atau kerbau seekor melainkan sekadar perumpamaan untuk menterjemahkan betapa kreatifnya kuliner Padang mempersembahkan hasil masakan mereka untuk dinikmati oleh semua pengunjung rumah makan.

Kami terjumpa sayur daun ubi kayu masak lemak, dan ditambah dengan terung pipit. Jering atau jengkol ditumis dengan ikan masin dan pelbagai lagi. Namun begitu, kali ini Amie hendak memastikan untuk merasai Gulai Tambusu! Ketika pertama kali melihat Gulai Tambusu enam tahun lalu, kami tidak menyentuhnya tetapi rasa menyesal setelah meninggalkan Kota Padang!


Letih dan lapar! Habis licin semua nasi dan lauk-pauk yang terhidang.

Dulu kami makan di Lamun Ombak Ulak Karang Utara yang terletak di Kec. Padang Utara, Kota Padang. Kali ini kami singgah makan di Lamun Ombak, rumah makan terbesar di Jalan Khatib Sulaiman pula. 

Deretan kenderaan di hadapan rumah makan menunjukkan betapa ramainya pengunjung ketika ini. Jam menunjukkan angka 12:37 tengah hari, bermakna waktu di tempat kita sudah pukul 01:37! Patutlah lapar semacam.


Di tepi pintu masuk rumah makan, seorang wanita warga emas menjual dagangannya. Ada pisang rebus, kacang kedelai rebus dan tapai ubi. Kuih dalam bungkusan daun pisang itu Amie tidak tahu namanya.


Mata terpandang telur masin rebus yang terletak elok bersebelahan dengan buah nangka dan potongan tebu. Dalam hati berkata, selepas makan nanti bolehlah beli telur rebus! Telur rebus menjadi kenangan kerana dulu hanya beli sebiji tetapi setelah makan sedaplah pula, tidak terasa masin seperti telur masin di tempat kita.


Antara menu yang terdapat di Rumah Makan Lamun Ombak.


Para pelayan rumah makan sibuk menyediakan hidangan tengah hari. Kalau dahulu mereka akan menyusun piring berisi lauk-pauk di atas lengan, tetapi sekarang mereka gunakan troli untuk membawa makanan ke meja pelanggan.



Kami tidak perlu memilih lauk kerana Pak Herman sudah menempah terlebih dahulu. Jadinya, kami hanya makan sahaja sehingga habis! Kali ini Amie tidak sempat fokus ambil gambar sempat hendak layan perut dahulu sehinggakan terlupa untuk merakam gambar Gulai Tambusu!

Ayam Pop.

Ikan Panggang.

Sayur.


Gulai Tambusu  diolah daripada usus lembu atau usus kerbau. Tambusu ialah usus lembu  atau usus kerbau yang didalamnya disumbat dengan campuran tauhu dan telur kemudian dimasak dengan santan pekat berbumbu.


Nampaknya ramai yang tidak perasan ada Gulai Tambusu. Jadi Amie pun ambil dahulu kemudian barulah ditawarkan kepada kawan-kawan yang lain. Menyesal pula tak makan dari dulu. Sedap dan lembut!


Amie hanya ambil lauk yang terjangkau oleh tangan sahaja. Tidak banyak lauk yang Amie makan, tetapi semuanya sedap belaka! Rendang hati lembu pun sedap.





Ada lebih 20 jenis lauk dihidang dalam piring kecil untuk kami.
Minumannya pula air mineral dan Chinese Tea panas.


Nampak seolah-olah banyak sangat lauk, tetapi sebenarnya tidaklah begitu banyak yang diletak di dalam piring. Apabila disusun, nampaklah kemeriahannya dengan pelbagai warna, bentuk  dan rupa.


Alhamdulillah. Semua sudah kenyang.



Selepas makan boleh solat di sini.

Ketika hendak keluar dari Rumah Makan Lamun Ombak, kami singgah di kaunter untuk membeli kuih-muih. Ketika itu Amie terpandang warga emas yang menjual makanan di tepi rumah makan. Amie teringat telur masin yang hendak dibeli sebaik sahaja selesai makan. Sayangnya, semua telur masin sudah habis dijual!

Orang kata, kalau sudah rezeki untuk kita memang akan sampai juga walau dengan cara yang kita tidak sangka. Sewaktu van hendak bergerak meninggalkan Rumah Makan Lamun Ombak, datang dua orang penjaja wanita menghampiri kami. Alhamdulillah, ada telur masin!


Selain pisang rebus dan telur masin rebus, wanita ini juga menjual cemilan atau gorengan sala lauak. Sala lauak iaitu sejenis makanan gorengan khas Pariaman memang sedap, tapi apabila perut sudah kenyang, nafsu untuk membeli sudah hilang. Hanya beli telur masin sahajalah sebanyak lima butir. Kawan-kawan yang lain pun ikut beli  sama.

Terima kasih Ibu. Semoga terus laris manis dagangannya.


Gambar di atas menjadi memori paling indah untuk dikenang! Setiap kali kami melihat gambar ini sudah tentu akan terbahak-bahak ketawa melihat gaya Kemi mencekau lauk! Kiranya aksi Kemi mewakili perut kami yang sedang kelaparan!

Ada dua jenis makanan yang selalu kita teringat-ingat selama bertahun-tahun dan akhirnya tertunai hasrat untuk mendapatkannya kembali di Padang iaitu:
  • Gulai Tambusu
  • Telur Masin Rebus


11 ulasan:

  1. Tentu sedap sungguh telur masin rebus tu, banyak kak Amie beli 5 butir.
    Makan gitu saja atau makan dengan nasi macam di tempat kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dimakan begitu saja sebab rasa masinnya manja-manja gitu. Saya makan sebiji jew dalam van, selebihnya makan dengan kawan-kawan sebagai lauk tambahan sewaktu makan malam.

      Padam
  2. Banyak betul lauk atas meja tu. Kalau saya mungkin jadi rambang mata nak pilih tapi itulah, paling banyak saya boleh makan sekali duduk ialah 3 jenis lauk je. Lebih dari tu, lidah saya akan confuse! 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah uniknya Nasi Padang.
      Tapi sebenarnya boleh jew order beberapa jenis lauk pilihan. Yang ini memang tradisinya hidang banyak jenis lauk.

      Padam
  3. Bila baca banyak entry berkaitan Nasi Padang akan dihidang begitu rupa tapi bila makan di sini, lauk pauk semua bubuh dalam satu pinggan. Mungkin kena masuk restoren Nasi Padang yang betul2 authentic kot baru dihidang begitu.

    BalasPadam
  4. Iya gulai tambusu itu memang gurih,lembut isinya ya kak, suka telur masin juga ya kak Amie😀

    BalasPadam
  5. Tengok lauk tu telan air liur...
    Alamak...dah terkomen gulai tembusu salah tempat..hihihi
    Baca banyak2 sekali harung posting cikgu yang tertinggal.dah salah komen pulK

    BalasPadam
  6. Hahahahahaha dah lupakan sendok ya kak Amie. Ambil lauk langsung saja 🤣. Saya pun suka kalap kalo dah di rm Padang 😅

    Dulu yaa, saya tak suka nasi Padang. Krn mostly menu nasi Padang yg dijual di jakarta, rasanya asiiin.saya tak suka. Makanya saat ke Padang pertamakali, saya tak semangt makan Krn merasa rasanya asin. Tapi ternyata, memanglah bedaaa rasa nasi Padang di Padang langsung 😄😄. Lebih sedap, bumbu pas, tak asin kayak JKT. Sejak itu jadi suka nasi Padang, tapi yg dijual di sana langsung 🤣

    BalasPadam
  7. Banyak betul lauk pauknya. Banyak guna piring. Letak sikit sikit untuk rasa-rasa kan. Kalau letak banyak nanti jenuh pula nak habiskan satu satu lauk. Meriah betul. Seronok menjamu ramai ramai. Yang tak sempat rasa tu memang rasa rugi kan. huhu...

    BalasPadam
  8. SA suka gulai tambusu..ah..rindu plak kat nasi Padang, lauk banyak tapi hanya dikira lauk yang kita berkenan makan aje kan kak amie..

    BalasPadam
  9. sedapnya nasi padang..feveret nih...belum prnah mkn gulai tambusu, sate tambusu pernah makan..

    BalasPadam