Bismillahirrahmanirrahim.
Masak apa hari ini?
Amie masak Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih. Pada mulanya hendak kukus dengan halia saja, tetapi tiba-tiba teringin pula hasil kukusan yang beraroma bawang putih. Pernah masak beberapa kali tapi jarang dijadikan entri. Terjumpa menu yang sama di sini: IKAN KERAPU KUKUS. Amie kukus dengan bahan tambahan iaitu minyak bawang putih.
Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih |
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap seberat 700 gram
- 4 cm halia muda – hiris halus
- 2 batang serai - diketuk
- 10 ulas bawang putih – cincang
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 60 ml air
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Bersihkan ikan dan kelar-kelar sedikit. Kemudian toskan hingga kering.
- Isikan perut ikan dengan separuh daripada hirisan halia.
- Letakkan ikan di atas dulang pengukus dan bubuh lebihan hirisan halia di atas ikan.
- Jerang air di dalam periuk pengukus hingga mendidih.
- Kukus ikan selama 7 minit.
- Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih cincang hingga kuning keemasan. Padamkan api dapur.
- Keluarkan separuh bawang putih goreng, dan tinggalkan separuh bersama minyak gorengan.
- Tambahkan sos ikan, sos tiram dan bancuhan air tepung jagung ke dalam minyak bawang putih tadi dan gaul sebati.
- Buka penutup pengukus dan tuangkan secara merata bahan sos. Tutup semula pengukus. Biarkan selama 3 minit.
- Buka sekali lagi tutup pengukus dan taburkan garam / perasa pilihan - jika perlu.
- Tutup periuk pengukus selama 1 minit lagi dan kemudian padamkan api dapur.
- Hidangkan panas Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih.
- Jika suka, taburkan lebihan bawang putih goreng, hirisan cili padi dan boleh renjiskan jus limau nipis di atasnya.
# Amie gunakan halia muda sebab hendak ratah sekali bersama ikan kukus. Begitu juga bawang putih, sengaja dilebihkan sebab hendak gaul dengan nasi putih.
Ikan Siakap Kukus dengan Minyak Bawang Putih |
Nampak sedapnyer
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamAduhai...terliur terus SA...sedapnya..nanti nak cuba buat la
BalasPadamBuat ye SK, jangan tak buat.
PadamMenarik ni, terasa-rasa bawang putih tu, nak try jugalah.
BalasPadamSemerbak aroma bawang putih.
PadamSama plak menu kita Kak Amie!
BalasPadamSy kukus Ikan Bawal Emas ala² Chinese style malam tadi :D
Sedapnya bawal emas!
Padamsedap menu tu..ada plak minyak bawang putih
BalasPadamYa, memang sedap.
Padamaduh sedapnya kak oi.. harum bau nya
BalasPadamSampai ke sana aromanya ye Dana.
Padamnak tiruuuu... dah terbayang bayang aroma ikan kukus dgn bau halia dan bawang putih.
BalasPadamMenggoda kan bau halia dengan bawang putih.
Padamlama tak ke sini.. rindu tgk gambar makanan akak yg sedap2 ni
BalasPadamTerima kasih Mamapp.
PadamMasakan cikgu tak pernah mengecewakan...nampak pic pun dah menggoda
BalasPadamSaya sebenarnya suka ikan steam, tapi belum berani Nak masak sendiri kak Amie 😅. Belum confident, kalo failed sayang ikannya 🤣
BalasPadamSelalunya kalo nak ikan steam begini, pasti beli lah. Memang sedap, dan sehat Krn hanya disteam.
Pasti sedaap bikinan kak Amie ini 😍
Menu ni belum pernah cuba lagi Kak Amie. Nanti kot teringin boleh cuba resipi kak Amie share ni. Terima kasih kak Amie :)
BalasPadam