Pages

Sabtu, 30 September 2023

Jalan-Jalan Cari Buah-Buahan di Bandar Tabanak

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dari LDU buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Apa cerita pagi ini?
Di LDU, jalan besar menghala ke bandar di tutup kerana ada perarakan besar maulidur Rasul. Selepas hantar Firdaus ke sekolah untuk mengikuti perjumpaan kokurikulum, kami menuju ke Bandar Tabanak. Di situ kami beli buah-buahan dan kelapa pandan.

Buah Dokong


Bukan senang hendak jumpa buah dokong di LDU. Rasanya selama lebih 30 tahun tinggal di sini, ini merupakan kalu kedua jumpa buah dokong. Kami beli dua kilogram. Tak sabar hendak menikmati buah yang manis  ini, kami makan dalam kereta sepanjang perjalanan pulang!

Buah Kelapa Pandan

Buah Nangka

Buah Rambutan. Walaupun sudah layu tapi isinya tetap manis.

Buah Langsat Padi

Buah Limau Bali dari Tenom.
Buah Limau Madu dari Tungku.

Beli lima biji buah kelapa pandan. Tak sabar hendak minum airnya yang manis dan harum!

Buah limau kasturi. Nampak cantik dan segar. Nanti boleh perah jusnya dan campurkan dalam jus bunga telang!

5 ulasan:

  1. Kak Amie borong semua buah"an iniπŸ˜€

    BalasPadam
  2. Buah dokong tu datang dari Semenanjung atau tanam di sana, kak Amie?

    BalasPadam
  3. Wah..sampai 5 biji kelapanya tu..puas minum..
    Buah dokong sedap kan..tapi tu la kalau makan banyak asyik pipis...hihihi

    BalasPadam
  4. Duuuuh kalo buah2an, saya ga kuat liatnya kak , pastj banyak beli jugaaa πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Buah dokong itu buah duku bukan sih? Mirip soalnya.

    Saya suka semua, kecuali jeruk Bali. Tak seberapa suka 🀣. Agak pait sih..

    BalasPadam
  5. air limau kasturi...sedapnya...

    BalasPadam