Pages

Sabtu, 30 September 2023

Jalan-Jalan Cari Sarapan di Warung Bandar Tabanak

Bismillahirrahmanirrahim.
Cuaca hari ini kelihatan cerah. Matahari memancarkan sinarnya yang hangat di serata tempat LDU. Mudah-mudahan perarakan Maulidur Rasul di LDU dengan lancar.

Selepas membeli buah-buahan di Bandar Tabanak, kami terus mencari tempat makan untuk alas perut. Encik Suami ajak sarapan di warung paling hujung di antara berpuluh-puluh warung yang ada. Di situlah setiap pagi Encik Suami tunaikan nafkah untuk Amie dan Firdaus sebelum ke sekolah. Biasanya kami tiba di sini pada pukul enam pagi. Memang ramailah pelanggan membeli sarapan di sini untuk bekal ke tempat kerja.

Sekiranya hari cuti, jika berkesempatan kami akan singgah sarapan di sini. Makanan yang dihidangkan masih panas berasap. Banyak pilihan untuk sarapan dan pada pukul 10 pagi sudah siap terhidang segala lauk-pauk untuk makan tengah hari. Kalau tengah hari, kami jarang makan di sini kerana kebanyakan lauk sudah habis.

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna & Telur Rebus

Warung Fazriana Padaidi ini tidaklah besar, tetapi sentiasa kelihatan kemas dan barangan seperti bahan minuman tersusun rapi. Kerusi dan meja makan bersih dan sentiasa dilap.



Menurut tuan punya warung ini, mereka mula masak seawal pukul empat pagi. Sementara ibu (tuan punya warung) masak, beberapa orang anak perempuannya melayani pelanggan yang datang membeli. Salah seorang anak perempuannya masih belajar di sekolah Amie. Memang Amie sangat kagum, dengan usianya 14 tahun dan menjawat tanggungjawab sebagai pengawas sekolah, masih mempunyai masa membantu ibunya di warung! Selain itu, salah seorang anak lelakinya belajar di tingkatan lima di sekolah yang sama. Rupanya ada lagi anak lelaki usia 10 tahun satu kelas dengan Firdaus. Kadang-kadang kalau kebetulan kami beli sarapan di sini untuk dibuat bekal Firdaus, kami bawa sekali kawan Firdaus ini naik kereta ke sekolah.
Selain anak-anak, rasanya ramai juga yang membantu masak dan melayan pelanggan di warung ini. Mungkin keluarga atau pekerjanya.


Firdaus pelanggan tetap peha ayam goreng!
Biasanya Firdaus minta bihun goreng Singapura dengan seketul peha ayam goreng sebagai bekal ke sekolah.

Selain mi goreng, bihun goreng, kuetiaw goreng, nasi goreng, ada banyak lagi pilihan makanan untuk sarapan pagi. Semuanya panas-panas belaka.

Kopi O kegemaran kami. Memang hitam, pekat dan sedap!


Sesekali minum di sini kami tidak lepaskan peluang menikmati pisang goreng. Ada ubi kayu goreng dan ubi rambat @ ubi manis goreng juga.


Seperti kebiasaannya setiap kali hidangan dihantar ke meja mesti disertakan sekali dengan semangkuk kecil sup kosong yang masih panas.

Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna & Telur Rebus kegemaran Amie. 

Encik Suami berminat dengan Kuetiaw Goreng & Fu Chuk Goreng Berinti Ikan.

Antara bekalan saraapan yang Amie beli di sini sekiranya tidak sempat masak di rumah.
Biasanya Amie beli bihun goreng Singapura dengan peha ayam goreng, sama dengan bekalan Firdaus.

Kadang-kadang Amie minta bihun goreng tambah mi goreng dengan sayap ayam goreng.

Ada ketikanya hendak meratah ayam goreng dan wantan goreng sahaja sebagai bekal.
Kalau ada wantan goreng, Firdaus memang minta beli buat bekal ke sekolah.


Pagi ini kami berkunjung lagi ke sini.

Encik Suami belanja kita makan mi goreng dan minum kopi O.

Encik Suami : Bihun Goreng & Fu Chuk Inti Ikan

Amie : Mi Goreng & Peria & Terung Sumbat Isi Ikan

Beginilah hidangan mi goreng, tambah peria dan terung sumbat dan semangkuk kecil sup kosong!
Bismillah.

12 ulasan:

  1. makanan yang amie masak of makan tak pernah tak menyelerakan. semua saya suku, mgkin selera kita more or less sama kan 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Sama rupanya selera kita ya.

      Padam
  2. Bihun gorengnya itu.. warna dan rasa menggugah selera kak, kopi hitamnya full di gelas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah antara menu setiap kali sarapan pagi kami di sini.

      Padam
  3. Oh, sempat ya Kak Amie sarapan di warung sebelum ke sekolah. Tentu pagi² dah keluar tu. Menarik menu warung dan mengenyangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warung tu tak jauh dari sekolah. Sekolah pula tak jauh dari rumah. Pukul 5:45 pagi sudah keluar rumah. Sempat singgah-singgah.

      Padam
  4. Menarik semua menunya..
    Paling bikin ngiler pastinya lah nasi kuning sambal ikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu memang menu yang sentiasa jadi buruan kalau sarapan.

      Padam
  5. Di sana jam masuk sekolah jam Berapa ya kak? Saya susah kalo nak beli sarapan dari luar begini, karena Rata2 buka pukul 7 pagi. Sementara anak sekolah hrs sudah di sekolah jam 6.30 🤣🤣 artinya jam 6 pagi dah berangkat. Belum ada warung yg buka wkwkwkwk.

    Sedap2 lagi kliatannya menu mereka yaa 👍😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu sekolah jam 6:45 pagi. Di sini sebelum pukul enam pagi banyak warung makan sudah dibuka. Jadi, kalau tidak sempat bawa bekal dari rumah, beli saja di warung. Banyak pilihan makanan berbanding di kantin sekolah.

      Padam