Pages

Sabtu, 5 Ogos 2023

Sarapan Roti Panggang, Sup Cendawan & Salad

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di pagi Sabtu yang nyaman.
Sudah sarapan? 
Kami sarapan menu yang sama seperti minggu sebelumnya : 

  • Roti Panggang
  • Sup Cendawan
  • Salad


Sarapan minggu lepas: Amie panggang roti dalam air fryer. Didihkan sup cendawan dan sediakan salad ringan yang terdiri daripada lettuce romaine, telur rebus dan hirisan buah plum. Tambah sedikit mayonis.

Sarapan yang ringkas tapi tetap mengandungi gizi yang seimbang termasuk karbohidrat, protein dan fiber.

Salad lettuce romaine, telur & buah plum.


Pagi ini sarapan menu yang sama juga : Roti Panggang, Sup Cendawan dan Salad. Salad terdiri daripasa lettuce romaine, ditambah lobak merah dan hirisan buah jujube. Untuk lebih rasa enak, bubuh sos thousand island.

Salad : Lettuce romaine, lobak merah, buah jujube, tambah sos thaousand island & jus limau nipis.

Roti Panggang memang sedap celup dalam sup cendawan!


4 ulasan:

  1. Sarapan sihat ni kak Amie. Banyak khasiatnya. Nak sediakan pun mudah je. Roti panggang celup sup cendawan memang heaven lah.

    BalasPadam