Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap hari kelas kita bermula pada pukul 6:45 pagi. Sebelum waktu itu memang tak sempat sarapan di kantin. Orang kantin pun sedang sibuk masak-masak. Oleh kerana perlu tenaga untuk bekerja, jadi perut pun mesti diisi terlebih dahulu sebelum masuk kelas. Rutin harian, memang kami akan singgah di warung makan Bandar Tabanak. Biasanya kami beli bihun goreng dengan sepotong peha ayam goreng untuk bekalan. Kalau bangun awal, Amie bawa sarapan yang dimasak dari rumah. Tetapi dalam seminggu memang berturut-turut hari membeli sarapan sahaja. Firdaus sebungkus, Encik Suami sebungkus dan Amie sebungkus.
Minggu ini Firdaus tukar menu. Budak kecil itu tak mahu bawa bekal bihun goreng dengan peha ayam goreng lagi. Terpaksalah Encik Suami mencari menu yang diingininya iaitu nasi kuning! Encik Suami beli bihun goreng untuk Amie, dan cari nasi kuning di warung lain untuk Firdaus pula!
Bihun Goreng & Peha Ayam Goreng |
Sebelum pukul 6:30 pagi memang sudah isi perut. Entah kenapa, suka pula sarapan bihun putih begini dengan ayam goreng serta air lada. Cukup kenyang sehingga tengah hari. Kadang-kadang kita beli mi goreng, nasi goreng atau kuetiaw goreng. Apa pun, terima kasih Encik Suami kerana selalu turun ke kedai belikan sarapan untuk Amie dan Firdaus.
Sekiranya tidak ada mesyuarat atau kerja-kerja tambahan di sekolah selepas sesi pagi, Amie ikut hantar Firdaus ke sekolah agama. Kalau ada mesyuarat dan tugas melatih murid di padang, memang terpaksa cari tempat makan yang berhampiran untuk isi perut.
Singgah makan Kuetiaw Goreng Seafood di Geprek Kitchen. |
Jus Avocado di Geprek Kitchen |
Nasi Lemak Sotong Goreng di Fook Yuen. |
Biasanya kalau ada tugasan di waktu petang, Amie tidak makan nasi sebaliknya mencari makanan bersup atau berkuah. Bukan apa. Kalau nasi sudah masuk perut memang beratlah kaki hendak melangkah, mengah penuh makanan! Sudahnya, sewaktu mesyuarat memang tersengguk-sengguklah jadinya. Sungguh menderita rasanya!
Lemon Tea & Kopi |
Ada satu hari, selepas 2 jam bermesyuarat perut rasa sangat lapar! Hendak ke kantin sekolah, kurang berselera pula untuk makan di situ. Teringat tempat makan paling dekat di seberang jalan, iaitu Warung Makan Malampek di Batu 1. Terus berkejar ke sana bersama Encik Suami. Amie memesan roti canai kosong dan Encik Suami minta roti telur. Sekeping roti kosong berharga RM1.00. Oleh kerana saiznya agak kecil, jadi pesan dua keping. Entah disebabkan lapar atau memang roti canai itu sedap, habis dua keping roti kosong itu. Kuahnya? Minta tambah sepiring kecil lagi!
Allahu Akbar!
Sudahlah dapat makan roti canai yang sedap, kawan Encik Suami yang kebetulan makan di situ belanja kami pula. Terima kasih Cikgu Yusuf. Katanya, lama tak jumpa Encik Suami. Semoga murah rezekinya. Sempat kami bercerita. Anak-anaknya semua perempuan, lima orang. Anak bongsu berumur tujuh bulan, selang 10 tahun jaraknya dengan anak keempat. Kami pula kata, anak kami semua lelaki, empat orang. Anak bongsu kami (Firdaus) berumur 10 tahun, jarak dengan abangnya (Fairuz) 12 tahun!
Sudahlah dapat makan roti canai yang sedap, kawan Encik Suami yang kebetulan makan di situ belanja kami pula. Terima kasih Cikgu Yusuf. Katanya, lama tak jumpa Encik Suami. Semoga murah rezekinya. Sempat kami bercerita. Anak-anaknya semua perempuan, lima orang. Anak bongsu berumur tujuh bulan, selang 10 tahun jaraknya dengan anak keempat. Kami pula kata, anak kami semua lelaki, empat orang. Anak bongsu kami (Firdaus) berumur 10 tahun, jarak dengan abangnya (Fairuz) 12 tahun!
Alhamdulillah. Semuanya rezeki Allah.
Alhamdulillah rezeki melimpah boleh tukar menu selalu kan Daus
BalasPadamAlhamdulillah moga dimurahkan rezeki sentiasa
BalasPadamJadi cikgu ni macam2 mesyuarat kena buat dan hadir. Tu belum kena panggil kursus lagi, latih budak2 lagi, tanda buku lagi.
BalasPadamKesian jadi cikgu, nasib baik wak jadi petani aje
teringin pula nak try makan bihun putih dengan air lada tu.
BalasPadamMula² tu terkejut jg, breakfast pkl 6.30pg..baru teringat kt sana cepat siang, kalau kt sini masih gelap lg..mihun goreng x jemu mkn...ketiau seafood tu nmpk sedap..
BalasPadamPasti mudah dapat jus avocado di sana, di sini susah nak jumpa kalau kedai biasa.
BalasPadamKuetiaw tu menarik.
Menderita dan memalukan jika tersengguk² dalam mesyuarat tu, Kak Amie 😆😆😆
BalasPadamalhamdulillah rezeki
BalasPadamRezeki tak pernah salah alamat kan kak amie
BalasPadamya kak kalau meeting n ms tu mengantuk... ya rabbi sy rs nk nyorok bawah meja dan zzzz🤣
BalasPadamalhamdulillah rezeki x salah alamat
Bihun goreng kosong macam tu memang sedap ada ayam goreng atau penyedap yang lain. Firdaus tak lalu dah nak makan bihun. Sesekali ubah selera. hihi...
BalasPadamAlhamdulillah, syukur ada orang belanja dan dapat makanan menepati citarasa. Begitulah aturan Allah yang terbaik untuk kita. Rezeki masing-masing yang perlu disyukuri.