Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi, selepas solat Asar rasanya hendak rebahkan diri, lelapkan mata seketika sebab terasa letih. Namun begitu, gagahkan diri juga masuk dapur. Terngiang-ngiang di telinga setiap kali Firdaus pulang, pertanyaannya: Mommy sudah masak? Tidak sampai hati untuk jawab : Belum.
Firdaus suka makan nasi dengan ikan goreng, tetapi ikan kegemarannya sudah habis. Yang tinggal hanya dua ekor ikan kerisi. Kita pula hendak makan ikan masak singgang. Terpandang tongkeng ayam, rasanya hendak goreng saja. Tiba-tiba teringat petang kelmarin sewaktu Firdaus makan nasi dengan udang goreng nestum, budak kecil itu pesan lain kali kalau buat udang goreng nestum, bubuhlah nestum banyak-banyak!
Terfikir pula hendak buatkan Firdaus Tongkeng Ayam Goreng Nestum! Dalam keadaan kesepian di dapur, akhirnya siaplah hidangan makan malam kami. Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus pulang, sempatlah ambil gambar. Eh, banyak pula lauknya. Yang pasti, singgang ikan haruan tasik tak menjadi! Yang jadinya Ikan Haruan Tasik Masak Tempoyak.
Walaupun banyak lauk, tetapi tidaklah habis kami makan bertiga. Amie akan simpan sebahagiannya untuk dijadikan bekal ke tempat kerja. Bosan juga setiap pagi beli sarapan bihun goreng dengan ayam goreng! Bukan tidak ada makanan lain boleh dibeli, tapi entah kenapa setiap kali sampai ke warung, bihun goreng dan peha ayam goreng itu juga yang ditunjuk! Kantin? Tak usah cerita.
Esok pagi, Amie akan masak nasi. Ikan kerisi goreng memang berbaki seekor. Amie suka makan ikan kerisi goreng yang sudah 'menginap' satu malam. Sedap aromanya! Tak perlu dipanaskan semula. Tongkeng Ayam Goreng Nestum hanya tinggal nestumnya sahaja. Boleh ditemankan dengan ikan kerisi goreng. Daun salad dan tomato ceri serta sambal mangga boleh dibawa sama.
Firdaus hendak bawa bekal nasi kuning. Jadi, esok pagi kami akan singgah di warung Bandar Tabanak mencari bekal Firdaus.
|
Tongkeng Ayam Goreng Nestum |
|
Ikan Haruan Tasik Masak Tempoyak |
|
Ikan Kerisi Goreng |
|
Daun salad crystal & tomato ceri. |
|
Terung Goreng |
|
Sambal Mangga |
Ada masa nanti Amie kongsikan resipi Tongkeng Ayam Goreng Nestum. Malam ini kena tidur awal, cari tenaga baharu. Esok pukul 12:30 tengah hari kena hadir Dialog Prestasi Peperiksaan Sumatif Pertengahan Tahun Tingkatan Lima. Kebetulan pula, sebelah petangnya kita kena turun padang untuk melatih atlet rumah sukan yang akan bertanding minggu depan.
Woww... jadi pelbagai jenis masakan pula, seronok kalau tengok meja makan terhidang macam ni.
BalasPadamSentuhan Kak Amie tak pernah tak menjadi :)
BalasPadamTerliur dengan sambal mangga tu.
BalasPadamBagus kak Amie ni, sibuk dengan hal kerja pun dapur tetap keluar macam-macam hidangan 💪🏼
Rajinnya kak Amie!
BalasPadamKalau sy masak nasi lebih esok nak buat bekal tinggal dipanaskan. Tapi lauk² nya semua menggoda tu Kak Amie.
BalasPadamtongkeng ayam goreng nestum rangup n sedap
BalasPadamNestum pun boleh?
BalasPadamSedapnya! Suka la, lauk masak tempoyak. Ada sambal mangga pulak tu. :)
BalasPadamtongkeng goreng my peberet
BalasPadamMasakan kak amie..x pernah x sedap..sentiasa menggoda selera
BalasPadambanyaknya menu
BalasPadamrajinnn k amie
sedapnyaaaaaaa haruan masak tempoyakkkkk👍👍👍
BalasPadamMemang tak sampai hatilah nak cakap belum masak kan mommy. Seronoklah Daus dapat makan nestum lebih mommy letak banyak. Masak banyak bagus juga dapat bawa bekal. Betullah tu, hari hari menu sama memang jemu.
BalasPadam