Bismillahirrahmanirrahim.
Mata mula rasa mengantuk. Seawal pukul empat pagi bangun tidur, sehingga sekarang belum merehatkan diri. Firdaus pula sedang membuat ulang kaji untuk persediaan peperiksaan di sekolah agama. Sambil menemani Firdaus hingga selesai mengulang kaji, kita pun tulis entri ringkas di sebelahnya.
Nampaknya demam donut peach belum lagi reda. Hari minggu, sekali lagi kami intai dan nampak donut peach di Jin Hua Cold Storage. Apabila tengok harga, Amie letakkan semula donut peach ke tempatnya. Kali pertama beli beberapa minggu lalu harganya RM19.95 sen 500 gram di sini: DONUT PEACH SPAIN YANG MANIS BERJUS DAN WANGI! Kali kedua jumpa donut peach di tempat yang sama, harganya RM35.90 sen 500 gram pula.
Kemudian kami ke kampung, dan sebelah petangnya dalam perjalanan pulang asyik teringat-ingat pula donut peach yang comel-comel itu. Sebelum belok jalan ke rumah, kami pergi semula ke Jin Hua Cold Storage dan terus petik buah donut peach itu tadi!
Donut Peach Sweet Cap (Spain) RM35.90 sen |
Saiz donut peach kali ini agak kecil dan dalam sebungkus mengandungi enam biji seberat 500 gram. |
Kalau dah kerap makan donut peach, lama-lama tidaklah teruja sangat hendak mencarinya. Dan harganya pun mungkin akan turun juga. Yang Amie suka, sudah tentulah aromanya yang wangi dan rasanya yang manis berjus. Setakat ini, dua kali beli memang dapat donut peach yang rasanya sedap. Mungkin banyak jenis donut peach. Itu yang kadang-kadang dengar, orang kata tak sedap. Kebetulan pula ada teman berebut makan iaitu Encik Suami dan Firdaus. Itu yang seronoknya.
Bentuk donut peach memang unik. Lain dari yang lain. |
Jom makan Donut Peach Sweet Cap |
Ammi masih belum terjebak dgn peach kayangan ni lagi
BalasPadamIngatkan petik dr ladang td rupanya dr coldstorage... hahaha
BalasPadamSenang sekarang ni, petik je di kedai hihi...
BalasPadamSy pun sama dgn Ammi, belum terjebak lagi. Sebab tak jumpa lagi kot hehe...
Perghhhh.. ini baru betul kayangan.
BalasPadamdana lum pernah memetik lagi ni kak nk tunggu harga murah lagi heheheh
BalasPadamSA dah beli dan dapat yang masam..terus tak rasa nak makan dah..kali ni ada yang viral lagi..donut peach kaler kuning plak
BalasPadamnampak dah hari tu... mak aiiii mahal sgt... x pe laa sy beli cempedak dulu😀
BalasPadamSekali dah cuba pasti nak lagi. Saya pun macam nak memetik lagi. Sedap manis berjus dan wangi. Saya tak ada orang teman makan, encik suami tak suka. hihi..Sekarang banyak dah turun harga bawah RM20.
BalasPadam