Pages

Isnin, 14 Ogos 2023

Resipi Kerabu Sotong Yang Sedap Diratah Begitu Saja!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sesiapa yang ada sotong, mari kita buat kerabu. 
Rasanya yang cukup sempurna dengan masin sos ikan, masam jus limau kasturi, manis gula perang dan pedas cili padi siam serta aroma daun ketumbar jawa memang mampu menggugat selera sesiapa sahaja yang mencicipinya!

Maaf, tiada daun ketumbar jadi Amie gantikan dengan hirisan daun ketumbar jawa. Sama sahaja aroma dan rasanya.

Kerabu Sotong

Amie gunakan tujuh ekor sotong torak dan celur tidak sampai satu minit dalam air sedang menggelegak di atas api dapur. Hasilnya, sotong tidak liat malah sangat lembut ketika dikunyah.

Kerabu Sotong


Resipi Kerabu Sotong
Bahan-bahan:

  • 7 ekor sotong torak - bersihkan - potong ikut saiz yang digemari - toskan
  • 2 labu bawang merah besar - hiris
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 5 batang kacang panjang - hiris kecil-kecil
  • 15 tangkai cili padi siam - hiris
  • 7 helai daun ketumbar jawa - hiris
  • 1 kuntum bunga kantan - hiris
  • 2 biji limau nipis - perah jusnya
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula perang
Cara:
  1. Ambil sebuah bekas besar dan masukkan sotong serta semua bahan hiris.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan gula perang, sos ikan serta jus limau nipis.
  3. Kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sootong dan bahan hiris.
  5. Gaul rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Pokok Bunga Kantan

Pokok kantan yang Encik Suami tanam di luar pagar rajin pula berbunga walaupun tidak banyak. Bunga kantan inilah yang Amie hiris dan masukkan ke dalam kerabu sotong.

6 ulasan:

  1. betul betul... mmg sedap diratah begitu saja ni.. kadang² celur je sotong lepas tu cicah kicap pedas pun wallawehhh

    BalasPadam
  2. Menarik ni.. errr.. sotong tu kerat dulu lah eh sebelum celur?

    BalasPadam
  3. Pak Inche ada beli sotong hari tu, tentu sedap buat kerabu sotong ni

    BalasPadam
  4. puas makan kak... kalau kt kedai kadang bawang yg banyak dari sotong

    BalasPadam
  5. gerammm je tgk kerabu sotong ni👍👍

    BalasPadam
  6. Penggemar sotong mesti berselera makan. Sedap makan bila sotong tak liat. begitu ye caranya. Terima kasih share kak Amie.

    BalasPadam