Pages

Isnin, 14 Ogos 2023

Resipi Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin masak Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish. Masak seekor, kerat tujuh. Ada bakinya, simpan dalam peti sejuk. Pagi tadi masak nasi putih, dan panaskan semula Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish. Tambah telur masin rebus, ulam daun salad dan hirisan tomato untuk bekal ke tempat kerja. 

Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish

Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish


Resipi Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan bolu @ milkfish seberat 800 gram - bersihkan - kerat tujuh bahagian
  • 1 batang serai - diketuk
  • 5 helai daun limau purut - tarik urat belakang
  • 2 kuntum bunga kantan - belah 
  • 5 biji tomato ceri - belah 2
  • 2 sudu besar asam jawa - bancuh dengan satu cawan air - tapis biji asam jawa
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 800 ml air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / pilihan
Bahan tumbuk / kisar :
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 12 tangkai cili kering
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia, serai dan halba campur hingga terbit aroma.
  2. Masukkan bahan tumbuk / kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan serbuk kari, dan perlahankan api.
  4. Tuangkan sedikit demi sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih dan terbit minyak sekali lagi. Jika suka rasa lebih masam, boleh tambahkan asam keping.
  5. Masukkan air. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan bunga kantan dan ikan bolu @ milkfish.
  7. Setelah kuah kari asam pedas mendidih sekali lagi dan ikan masak, perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  8. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.

Kari Asam Pedas Ikan Bolu @ Milkfish


8 ulasan:

  1. Teringin pula nak cari ikan ni nampak sedap

    BalasPadam
  2. Terus rasa lapar nasi hehe ..
    Tak silap di sini dipanggil ikan susu... Pernah jumpa ikan ni tapi tak pernah beli sbb tak tau nak masak apa ☺️

    BalasPadam
  3. sedapnya lauk ikan... asal ikan je bg je sy kak... kecuali ikan patin.. hehehe

    BalasPadam
  4. tgk warna ikan asam pedas makcik ni dh mcm ikan sardin., sedapp., huhu

    BalasPadam
  5. Mesti besar ikannya ni sampai boleh dikerat 7. Asam pedas pun nampak sungguh menyelerakan.

    BalasPadam
  6. tak pernah masak ikan bolu ni kak, mesti sedap tengok isi ikannya tebal dan putih

    BalasPadam
  7. sedappppnyaaaa kalau dpt cicah dgn roti canai😀

    BalasPadam
  8. Wah..tempting tengok asam pedas kak Amie. Tengok kuah dia pekat memikat betul. Penggemar asam pedas rasa nak menghirup je kuahnya tu. hihi...

    BalasPadam