Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai sarapan, duduk berehat seketika di ruang tamu. Tidak lama kemudian suasana agak kelam, dan kegelapan mula menyelubungi persekitaran. Toleh ke luar jendela, langit tanpa warna biru, awan kelabu dan tiada sinar marahari. Dan hujan pun turun renyai-renyai, berderai-derai menitik di bumbung rumah. Disusuli dengan bunyi guruh sekali-sekala. Sekarang langit terus menangis, dan titisan hujan bernada kasar!
Hendak tidur?
Jangan tidur! Baik menulis entri. Buka HP dan tengok gambar-gambar lama yang hendak dibuang. Terhenti pada tarikh 22 dan 23 Julai 2023. Apa ceritanya?
Sekolah telah mengadakan aktiviti Perkhemahan Perdana di Kem Semulung pada 22-23 Julai 2023 bersamaan pada hari Sabtu dan Ahad. Kem ini terletak di Pusat Kokurikulum Daerah LD dan agak jauh dari sekolah kami. Semua guru terlibat untuk menjayakan perkhemahan ini. Amie menjadi pengurus makanan. Kali ini kami tidak memasak kerana makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam ditempah. Kami hanya membancuh minuman pagi, minuman tengah hari dan minuman petang.
Sarapan diagihkan kepada peserta pada pukul lapan pagi. Kami memasak air di dapur, dan membancuh serbuk milo dengan susu pekat sebagai minuman pagi. Airnya pula, kami gunakan air mineral untuk memastikan air minuman yang disediakan dalam keadaan bersih.
Untuk minum rehat pagi waktu kudapan pukul 10, kami bancuh air teh kosong dan agihkan biskut kepada para peserta.
Pukul 12 tengah hari, makanan yang ditempah sampai dan diagihkan sebungkus untuk setiap peserta. Kami bancuh ais sirap ros. Lebihan minuman milo dan teh, kami tambahkan ais. Nampaknya para peserta lebih gemarkan milo ais berbanding milo panas. Sebelah petang, sekali lagi pengurus makanan perlu sediakan minuman panas seperti teh dan agihkan roti pada pukul 4:30 petang kepada para peserta perkhemahan.
Sebelah malam pula, urusan bahagian makanan waktu malam yang menyempurnakannya.
Rakan-rakan AJK Pengurus Makanan membawa sarapan untuk dimakan bersama di dapur sepeti kuih cempiang, epok-epok dan roti canai.
Kuih Cempiang |
Epok-Epok |
Roti Canai |
Ada yang bawa gado-gado. |
Gado-Gado Gotong-royong menyediakan kuah laksa. |
Ada yang rajin membawa bahan dari rumah untuk dijadikan kuah laksa. |
Semua bahan dikongsi bersama. Telur direbus dari rumah dan dikupas bersama-sama.
Telur Rebus & Limau Kasturi |
Bunga Kantan & Hirisan Cili Padi |
Laksa Asam |
Sambil melaksanakan tugas di bahagian makanan, sempat juga intai-intai aktiviti yang dijalankan di tapak perkhemahan.
Pada masa yang sama, rakan-rakan guru juga mengambil kesempatan menanda kertas peperiksaan apabila ada masa terluang. Maklumlah waktu cuti Sabtu dan Ahad digunakan untuk melaksanakan program sekolah. Jadi, tiada masa untuk menyiapkannya di rumah.
Dapat title pengurus pulak!
BalasPadamTetap juga buat kerja kan Uncle.
PadamRajin² cikgunya. Semua menjalankan tugas dengan efisyen dan terpancar keikhlasan dari wajah masing².
BalasPadamTerima kasih SK.
PadamMoga terus rajin sampailah pencen.
meriah ajk mknn... semua semangat menjalankan tugas sbg ajk
BalasPadamBab makan-makan memang meriah kan Mira. Yang buka AJK pun ringan tulang membantu.
PadamTerus dilantik pengurus tu. Apa yang penting, kerjasama. Masing masing ada tugasnya. Begitulah tugas guru, bukan hanya mengajar di kelas sahaja.
BalasPadamGuru, oh guru!
PadamKena galas tugas kurikulum dan kokurikulum, dalam darjah dan di luar bilik darjah.