Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya mendongkol juga hati apabila sering terpaksa bertugas tujuh hari seminggu. Namun begitu, sempat pujuk diri dengan mengikhlaskan semuanya demi anak didik. Ya Allah! Kami bermohon kepada-Mu, mana-mana kerja kami yang terkurang, mohon halalkan. Mana-mana yang terlebih, kami ingin keberkahan menjadi sedekah jariah.
Masih lagi cerita menggalas amanah sewaktu aktiviti Perkhemahan Perdana di Kem Semulung Julai 2023 lalu. Selesai bertugas pada hari Sabtu, sambung pula pada hari Ahad.
Sempat mengintai aktiviti fizikal para peserta perkhemahan. |
Memang kita tabik spring untuk rakan-rakan fasilitator yang bertugas mengikut waktu, siang atau pun malam. Mereka menjaga kumpulan peserta yang sudah diagih-agihkan. |
Mangga Air |
Dalam perjalanan pulang pada petang Sabtu, kita singgah beli mangga air dan pisang lemak manis di gerai tepi jalan.
Pisang Lemak Manis |
Keesokan paginya kami petugas bahagian makanan kena datang awal ke Kem Semulung untuk mengurus sarapan. Sarapan yang ditempah ialah nasi lemak bungkus dan akan tiba pada pukul tujuh pagi. Seawal pukul enam pagi, kami sudah mula menjerang air untuk dibancuh dengan serbuk milo dan susu pekat.
Sebagai ketua, Amie sepatutnya sampai tepat pada masanya atau lebih elok kalau datang awal. Ketika Amie sampai, beberapa orang rakan guru menerpa ke arah Amie yang sedang meletakkan bakul makanan di dapur.
Kakak bawa sarapan pagi kan?
Laparnya perut kami, malam tadi kena berjaga.
Laparnya perut kami, malam tadi kena berjaga.
Allahu Akbar!
Kita terkunci mulut tak dapat jawab apa-apa.
Kita terkunci mulut tak dapat jawab apa-apa.
Yang kita bawa hanyalah sedikit lauk untuk makan dengan nasi lemak yang akan sampai pada pukul tujuh pagi nanti. Selebihnya, pisang lemak manis!
Kem Semulung ini letaknya agak jauh dari jalan besar, dan tidak ada tempat menjual makanan di kawasan berhampiran! Dapat bayangkan perut yang lapar di pagi hari setelah bertugas sepanjang malam.
Nanti kita makan sama-sama. Tapi kenalah tunggu nasi lemak sampai. Kakak bawa lauk tambahan saja. Tidak ada nasi lemaknya!
Mata terpandang ke dalam tong sampah yang terletak di tepi pintu dapur. Ada pembungkus mi segera dan banyak bekas bungkusan minuman kopi 3 in 1. Barangkali malam tadi mereka makan mi segera dan minum kopi untuk menahan rasa mengantuk!
Sebelum bungkusan nasi tiba, datang pula rakan-rakan dengan buah tangan masing-masing. Ada yang membawa kuih-muih untuk sarapan. Setelah selesai membancuh minuman pagi, dan menanti para peserta perkhemahan membersihkan diri, kami sarapan dahulu. Pukul lapan nanti kami akan agihkan sarapan untuk mereka.
Antara kuih-muih yang kami makan bersama:
- Bakwan @ Cucur
- Kek Pisang
- Popia
- Apam Coklat
- Kuih Kasturi
- Karipap
Karipap Sarapan dahulu dengan kuih-muih yang ada sementara menunggu nasi lemak bungkus sampai. |
Lauk tambahan untuk nasi lemak yang Amie bawa dari rumah. Rakan-rakan guru yang hendak tambah lauk bolehlah ambil. |
Telur Rebus |
Ikan Bilis Goreng |
Kacang Tanah Goreng |
Sambal Udang |
Keropok Belinjo |
Sepinggan nasi lemak untuk sarapan di pagi minggu. |
Selain pisang lemak manis, ada rakan guru yang bawa pisang berangan.
Ada yang membawa buah tembikai.
Buah mangga air yang Amie bawa, kami kupas bersama-sama. Tengah hari nanti, bungkusan makanan akan tiba pada pukul 12:00. Menunya ialah nasi ayam. Jadi, kami pun cincang mangga dan tambah dengan bahan yang ada untuk dijadikan kerabu. Bolehlah jadi lauk tambahan makan dengan nasi ayam.
Kerabu Mangga |
Setelah kerabu mangga siap, kami pun merasalah sedikit. Rakan-rakan yang lain ikut merasa sama. Tidak lama kemudian, mereka yang berada di luar pun masuk ke dapur. Tidak sampai berapa minit, habis licin kerabu mangga dimakan begitu saja!
Tidaklah dapat makan nasi ayam dengan kerabu mangga sebab kerabu mangga sudah wassalam, pinjam kata-kata SK.
Tidak apalah. Yang penting tidak berasa tertekan kerana waktu berehat bersama keluarga terpaksa dikorbankan.
Mari kita saksikan beberapa keping gambar aktiviti Perkhemahan Perdana yang dijalankan selama dua hari di Kem Semulung, Pusat Kokurikulum Lahad Datu.
Sekian.
Perkhemahan Perdana di Kem Semulung berakhir dengan jayanya!
waahhhh tabik spring akak menggalas amanah sempena perkhemahan di hujung minggu. yang lagi wahhhhhh bila semua menu tu sangat menggiurkan hehe
BalasPadamHeheheee.... apabila terhidang macam-macam makanan dikongsi bersama, kuranglah sedikit beban perasaan.
Padamsedih pula baca n3 amie kenangkan guru2 yg galas tugasan menjayakan aktiviti perkhemahan anak murid. kadang anak kak terpaksa ajak suaminya sekali membantu.
BalasPadamItulah Kak PI... atas tiket Saya Yang Menjalankan Amanah.
PadamBarang yg sikit, jika dikongsi terasa cukup dan terlebih sedap!
BalasPadamSeronok anak² murid dapat cikgu² yg sangat komited dan sentiasa bersedia untuk mengerah tenaga 👍👍👍
Cikgu-cikgu tak sabar nak pencen PH hihihiii.
Padambest akitiviti yang dibuat tu kak, lepas tu dah penat dapat lak makanan yang sedap, bakwan jagung tu menggoda sangat nak cuba jugakla nnti. Nasi lemak tu sedapnya kak oi.... dana pun hari sabtu kene bertugas, bertugas ikut Aiyan punya hari perbarisan hehehhe
BalasPadamCerita hari perbarisan, terbayang murid-murid kami latihan kawad kaki untuk perbarisan Kejohanan Olahraga Tahunan pada hari lusa.
Padamalahai.. kesiannya cikgu cikgu. bukan dapat claim ot pun. Sebab tu saya suka sertai apa sahaja aktiviti jika dipelawa oleh guru.
BalasPadamItulah, sabar sajalah MY. Saya Yang Menjalankan Amanah.
PadamSy dulu pernah dilantik AJK makanan. Sy tak boleh la Kak Amie, jadi AJK makan ni membuat sy tak boleh tidur, hahaha.
BalasPadamSamalah kita SK. Walaupun banyak kali jadi ketua bahagian makanan, tapi setiap kali itulah tak boleh tidur malam memikirkan hari kejadian!
PadamBertahan ye kak... jumaat ni game over... mgu dpn cui sekolah.. boleh la rest sekejap
BalasPadamHahahaa... Mira, hari Selasa, Rabu, Khamis kami bertugas di tengah padang! Hari Jumaat nampak warna gigi kami jew...kihkihkih.
PadamMemang penat tu kak Amie kena bekerja pada waktu yang sepatutnya rehat. Isnin nak sambung mengajar semula. Semoga usaha guru guru dibalas dengan segala kebaikan oleh Allah. Aamiin...Kesian pula guru guru yang bertanya tu. Mujur juga ada makanan sampingan buat alas perut.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamKena belajar ikhlaskan hati. Mana tahu ada keberkatannya di situ.
Ya, memang Kak Amie tak boleh nak jawab pertanyaan guru yang bertugas berjaga hingga ke pagi itu.
Semoga penat dan lelahnya berganti pahala ya kak Amie 🤗.
BalasPadamSaya melihat lauk pauk nasi lemaknya langsung teringin, rasa nak balik Penang utk makan ini lagi. Ga ada yg bisa ngalahin kenikmatan nasi lemak untuk sarapan 😄👍👍
Kegiatan perkemahannya seruuuuu 😍. Sampai mandi lumpur ya kak, tak apaaa, saya ingat dulu selalu kena marah mama kalo main lumpur, tapi bagi anak2, itu memang permainan seru dan melatih motorik tubuh👍
sy kena panggil keje setengah hari pun dah lemau rasanya kak...
BalasPadamtahniah kak! gagahkan juga hadiri program... tak pe minggu dah dah cuti sekolah. boleh laa rehat seketika...
tp nasi lemak tu mengamcam sangat laa kak