Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Firdaus mengikuti latihan choral speaking sehingga pukul empat petang. Jadi, kami tidak perlu menguruskannya untuk ke sekolah agama. Cadangnya hendak terus pulang ke rumah, tetapi Encik Suami belanja makan tengah hari di Warung Makan Malampek. Katanya, dia pernah makan bakso di warung ini selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bugis. Ingatkan makan berteman, rupanya makan seorang diri kerana katanya perutnya sangat lapar! Jadi, kali ini Encik Suami bawa Amie ke sini.
Warung Makan Malampek terletak di Kampung Bugis, dan kedudukannya di halaman rumah, berhadapan dengan masjid. Mmemang ramailah pelanggan sedang menikmati hidangan masing-masing. Encik Suami memesan Bakso Special. Amie ingin makan Coto Pegedil Ayam. Kami memesan semangkuk ABC.
Bakso Special & Coto Pegedil Ayam |
Melihat buras du atas setiap meja, sudah tentulah ada coto makassar!
Amie meminta Coto Pegedil Ayam. Kata pelayan kedai, kuah coto pegedil ini sama dengan kuah coto makassar. Bolehlah makan dengan buras. Tapi Amie terlupa. Amie minta bihun. Jadi, di bawah aksesori Coto Pegedil Ayam ini, ada longgokan bihun! Di atasnya ada lima ketul pegedil kentang, ayam carik dan telur rebus.
Coto Pegedil Ayam datang bersama semangkuk sup coto makassar! Encik Suami kata, tuangkanlah kuah ke dalam mangkuk Coto Pegedil Ayam. Tetapi Amie lihat, di dalam mangkuk coto sudah ada kuahnya! Kata Encik Suami lagi, mungkin dia bagi kuah lebih untuk makan dengan buras! Akhirnya Amie tuangkan separuh kuah tadi ke dalam mangkuk! Penuhlah mangkuk dengan kuah yang masih panas. Perahkan jus limau nipis, tambah kicap manis dan air lada ke dalam mangkuk. Bismillah.
Amie : Coto Pegedil Ayam. |
Encik Suami : Bakso Special |
ABC |
Ketika kami sedang makan, kedengaran dengan kuat bunyi enjin kapal terbang MASWings yang sedang melintas di atas bumbung warung! Gegaran turut dirasai di tempat duduk kami. Beberapa saat kemudian MASWings mendarat di landasan terbang LD.
Penambah rasa! |
Oh, ya! Harga kesemua makanan ialah RM18.00 sahaja. Alhamdulillah. Perut kenyang, hati pun senang. Marilah kita pulang.
bakso bulat besar sendat perut kenyang
BalasPadamMemang besar bakso tu, ada telur sebiji di dalamnya.
PadamAduh,manalah nak cari coto makasar kat sini...teringin sangat nak rasa
BalasPadamCuba buat sendiri Mama Cella.
PadamMasak sendiri lebih sedap sebenarnya.
coto tu soto kut ye amie :)
BalasPadamCoto dan soto berbeza AJ. Tak sama.
PadamAgak² menu di Restoran Coto Makassar yg sy nampak hari tu, sama tak dengan di Malampek ni?
BalasPadamsedapnya akak punya ABC tu
BalasPadamsampai rumah dah boleh lunjur kaki rehatkan badan kan kak tak perlu fikir dah nak masak apa
BalasPadamUntung sangat ni Kak Amie, penuh mangkuk. Puas hati makan. Banyak accesoriesnya. Dapat juga menjamu ABC sekali. Banyak juga penambah rasanya tu. Seram juga tu kapal terbang landing boleh rasa gegarannya.
BalasPadamwahhh besarnyaaaa meatball... baru puas makan bakso mcm tu😀
BalasPadam