Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah beberapa kali intai-intai buah di Jin Hua Cold Storage LD, akhirnya dapat juga sebungkus Donut Peach Spain. Sewaktu kami datang, hanya tinggal sebungkus sahaja. Ada buah peach yang lain tetapi jenis donut nectarine. Amie ambil sebungkus Donut Peach Spain dan sebungkus Donut Nectarine Golden.
Kita cerita sahaja tentang donut peach yang masih viral di media sosial. Asal buah pic ini sebenarnya dari China Utara dan tersebar ke seluruh dunia. Selain dikenali dengan nama pic donut atau flat peach, buah ini juga dikenali dengan nama Saturn peach. Ini disebabkan bentuk buah ini yang pipih dan hampir mirip dengan cincin planet Zuhal atau Saturn.
Donut Peach Spain |
Sebelum ini Amie rasa harga donut peach di cold storage ini lebih mahal dari harga yang ditawarkan sewaktu kami beli siang tadi. Mungkin sudah diturunkan harganya. Melihat tulisan yang tertera ' PRICE MARKDOWN ' barangkali sudah turun separuh harga! Seingat Amie, harga yang Amie lihat sekali imbas dahulu RM37+++!
Kiranya, RM19.95 empat biji ini harga mampu beli jugalah. |
Donut Peach Spain dalam bungkusan, belum dicuci. |
Tidak sia-sia beli Donut Peach Spain. Gigitan pertama sahaja sudah dapat merasakan kelazatannya, isinya yang lembut, manis dan berjus serta wangi! Sayangnya buah ini sangat terhad di LD! Jadi, kenalah selalu rajin mengintai di mana-mana cold storage untuk mendapatkannya. Habislah empat biji Donut Peach Spain oleh Amie berdua dengan Encik Suami. Firdaus pula, balik sekolah terus makan Donut Nectarine Golden.
Wah Kak Amie pun dah terjebak dgn donut peach viral.
BalasPadamKebetulan jumpa. Belilah untuk rasa-rasa.
PadamBelum rasa lg
BalasPadamOk.
PadamSedap ke? Banyak kali orang viral kan indah khabar dari rupa. Mungkin yang diorang beli tu yang tak berapa sedap punya.
BalasPadamRasanya banyak yang viral rasa sedap berbanding tak sedap. Donut peach ini banyak jenis.
PadamSemua dah terjebak ni, PH je belum rezeki makan buah ni...
BalasPadamAkan terjebak juga tu hihihiiii.
PadamPernah makan, memang manis. Ada jugak yg kurang manis. Harga dia tu lah kan.
BalasPadamAlhamdulillah dapat yang manis. Memang ada jenis yang kurang manis.
Padambelum terbeli lg he hee tunggu redaa
BalasPadamhajat nak beli jga tp smlm bertukar niat terus beli rambutan pula
Rasanya lama-lama turun juga harganya ni. Sayangnya di LD tak banyak stok.
PadamDana belum pernah cuba lagi buah ni kak, dulu sebelum viral memang harganya belas2 ringgit je utk 5-6 biji sejak viral dah naik harga sampai 2biji rm30, ini dah turun lagi harganya boleh la usha-usha.
BalasPadamDapat donut peach yang sedap ni rasanya kalau ada nak beli lagi. Harap turunlah harganya.
PadamTu dia penangan viral, asyik mengintai kedai buah saja Kak Amie.
BalasPadamMemang kena intai kedai buah selalu SK. Sebab di LD buah-buah viral ni sangat terhad.
Padambesar juga buahnya ya
BalasPadamBesar juga Kak PI. Nak genggam pun tangan tak muat.
Padambuah tengah viral ni kan amie, hari tu kat pasar malam depa jual 2 pek RM50 tak beli pun huhu :)
BalasPadamAgaknya harga jadi mahal sebab viral kot. Rasanya lama-lama turun juga harganya.
Padamdonut peach ni seingat saya dah lama ada dipasaran,tapi lately tak tau la kenapa boleh viral tiba2 je harga pun melambung tinggi
BalasPadamRupanya ada banyak jenis.
PadamAlhamdulillah...
BalasPadamLagi murah dari kat KL ni...
Tempat saya rm25 sebekas tu
Ada yang murah ada yang mahal. Ikut jenis kot. Kali ketiga saya beli mahal pula harganya.
PadamAkhirnya dapat juga Kak Amie buah peach donut viral ni. Bila terhad memang kena rajin rajin intai. Hihi..lepas viral ni perasan juga harganya dah turun jadi belasan je. Sedap dapat yang manis dan berjus. Kalau saya makan sorang je sebab husband kurang gemar. hihi...
BalasPadamAlhamdulillah dapat donut peach yang sedap, harum dan manis.
Padamakhirnyaaaa ya kak...😀
BalasPadamsy jumpa da aritu tp mahal nau nau...x pe laa tggu x viral nnt bleh bli
Mudah-mudahan dapat donut peach harga runtuh.
Padam