Pages

Ahad, 6 Ogos 2023

Buah Jujube

Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah makan buah jujube?
Buah ini juga dikenali sebagai kuma merah, kurma Cina, kurma Korea, kurma India atau buah bidara. Buah jujube boleh didapati dari Iran ke Selatan China dan juga tenggara Eropah dan namanya berbeza mengikut kawasan setermpat. Di India dan Pakistan ia dipanggil Inab dan di Asia timur dipanggil kurma merah, kurma Cina atau India. Di kawasan Iran, pokok kurma jujube ditanam di beberapa bahagian tanah tinggi seperti kawasan Khorasan. Kurma yang biasa boleh didapati di Afrika Utara, Eropah Selatan dan Mediterranean mempunyai rasa yang manis dan dianggap sebagai ubat herba. Kurma jujube ini mempunyai pelbagai khasiat termasuk pelbagai vitamin seperti C, A, B2 dan beberapa mineral seperti kalsium, fosforas dan besi.

Buah Jujube

Buah jujube berfungsi sebagai pelawas, mencegah daripada sembelit, menguatkan jantung, melancarkan sistem penghadaman dan amat berguna untuk kesihatan buah pinggang. Selain itu, ia boleh menghilangkan serak, keletihan, serta bermanfaat bagi mereka yang mengalami penyakit athma, mengawal cirit-birit dan mengukuhkan pertumbuhan rambut.

Buah jujube boleh membantu untuk mengawal berat badan. Daun pokok kurma jujube bersaiz kecil, cantik, dan buahnya berwarna merah serta berbentuk telur. Buah jujube juga berguna untuk meningkatkan tenaga fizikal dan menguatkan otot. Malah ia boleh diambil untuk rawatan degupan jantung yang tidak teratur dan peluh badan yang berlebihan .Ia juga adalah pembersih darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Buah Kurma Jujube kering bersifat astringen, menenangkan dan boleh mencegah kanser. 

Cara pemakanan kurma jujube juga berbeza mengikut kawasan. Di Great Britain, ia dihidangkan sebagai buah-buahan kering atau gula-gula yang lazat bersama minuman teh pada waktu petang. Di Korea, China dan Taiwan biasanya buah jujube diambil dalam bentuk sirap manis. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu yang menggunakannya untuk penghasilan cuka. Buah Kurma Jujube di dalam tin dan teh berperisa jujube juga boleh didapati di pasaran. Tetapi di Iran, Pakistan dan India, jujube kebanyakannya dimakan sebagai kurma yang kering.


Dalam kebanyakan negara di dunia, jujube dimakan sebagai kurma hijau segar yang juga lazat. Di Asia Timur, saiz pokok jujube sangat besar dengan pelbagai warna boleh didapati seperti warna merah dan hitam. Penemuan histologi menunjukkan, jujube mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit hati dan begitu berkesan untuk rawatan hati berlemak. Dalam perubatan tradisional Iran penggunaan jujube begitu disyorkan untuk merawat penyakit seperti batuk, selsema, dan sakit tekak. Tetapi perlu diingatkan bahawa pengambilan kurma jujube oleh orang yang cepat kesejukan boleh menyebabkan bengkak muka dan mereka harus mengambil kurma jujube dengan currant.

Sumber: WIKIPEDIA

Buah Jujube

Buah jujube yang sudah matang rasanya manis dan rangup. Boleh dimakan begitu sahaja atau jika suka boleh makan dengan pencecah buah-buahan seperti serbuk asam boi atau kicap lada atau kuah rojak.

Jika tidak berminat makan buah jujube segar, bolehlah renih jujube kering dengan ayam untuk dijadikan sup. Amie memang selalu masak sup ayam dengan buah jujube kering atau lebih dikenali dengan nama kurma merah.

Kurma Merah @ Jujube

Sup Ayam dengan Kurma Merah


Buah Jujube


10 ulasan:

  1. Thanks for the sharing. Baru tau info ni.
    Bila tengok yang fresh tu bidara tapi tak tau pulak ianya adalah kurma merah.
    Itu dari pokok sendiri ke cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli buah jujube tu.
      Ada pokok bidara sendiri tapi jenis epal bidara, buahnya besar.

      Padam
  2. Kalau kurma merah tu biasalah tengok.. Yang asli nya tu memang bidara ye.. Sha selu jumpa juga yang saiz macam ini.. Tak tau pula ianya sama dengan jujube tu..

    BalasPadam
  3. Oh, baru tahu nama lainnya jujube. Rupa pun lain benar masa masih segar.

    BalasPadam
  4. Saya belum pernah makan atau jumpa buah jujube, terima kasih share gambar

    BalasPadam
  5. kalo kt chinese restaurant ada tgk sup ayam ltk kurma cina tu tp tk pernh mkn kurma cina tu

    BalasPadam
  6. Oh...selama ni saya sangkakan jujube tu buah bidara..

    BalasPadam
  7. mula dana konpius ini buah bidara ke bukan.... rupa dia sama tp bila tengok akak tulis tu mmg betullah kan, banyak jugak nama dia ya

    BalasPadam
  8. Baru tahu jujube tu buah bidara juga namanya. Biasanya nampak buah bidara warna hijau. Yang matang begini rupanya. Belum pernah makan yang segar. Macam sedap rangup ranngup cicah kicap lada. Biasa dapat makan yang kering tu je lah dalam minuman. Belum pernah juga makan yang diletakkan dalam sup.

    BalasPadam
  9. sebelum ni penah dgr je. tak penah tgk buah fizikalnya... makan apatah lagi...

    BalasPadam