Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau kami beli SANWA Malt Soda Cracker, jangka hayatnya hanyalah lebih kurang seminggu sahaja di rumah. Itu tidak termasuk kalau bawa ke sekolah! Firdaus peminat nombor satu biskut comel ini. Setakat ini kami hanya pernah beli dua jenis sahaja iaitu Original Flavor dan Grains Flavor. Ada enam perasa sebenarnya iaitu:
- Original
- Grains
- Saltine
- Sesame
- Tomato
- Seaweed
Biasanya kalau Amie makan biskut ini sebagai bekal kudapan, disertai dengan minum air kosong sahaja. Kalau di rumah, ada pula orang yang rajin renih kopi atau teh. Jadi, hirup sahajalah minuman panas yang sudah terhidang.
SANWA Malt Soda Cracker Original & Grains Flavor |
Terdapat 21 shachet dalam sebuah bungkusan SANWA Malt Soda Cracker. Setiap satunya mengandungi empat keping biskut dan seberat 23 gram. Senang dibawa ke mana-mana. Masukkan dalam beg tangan pun ok!
Setiap gigitan membawa rasa yang sungguh enak, dan pastinya tidak cukup makan sekeping. Habis satu sachet buka lagi sachet yang baharu!
tak pernah jumpa lagi dekat sini kak... mcm menarik jugak ni biskutnya
BalasPadamYang grains flavor tu lebih sedap, ada rasa masin sikit. Pada Kak Amie lah hehehee.
PadamSalam Isnin Kak Amie.
BalasPadamKalau di Sarawak biskut ni kiteorg buat kek lapis cheese. Saya suka perisa saltine tu, makan dgn cheese sedap...
Ooo begitu pula ye. Perisa Saltine tu tak ada di LD. Itulah dua saja yang ada, original dan grains.
PadamPertama kali tengok biskut ni, bila google memang tak pernah jumpa lah sebelum ni.
BalasPadamOoo ye ... first time nampak rupanya.
PadamSaya selalu bawa bekal. Kalau tak sempat makan tengah hari (lepas PdP dan sambung mesyuarat) memang biskut inilah saya buat kudapan.
Biasanya kalau di sini yg rasa keju yg sering di beli
BalasPadamSedap kan kalau rasa keju. Dewasa dan kanak-kanak mesti suka.
PadamNampak sedap biskut tu nipis². Sy kalau makan biskut kena ada teh o atau milo, hehehe.
BalasPadamPada saya memang sedaplah SK sebab tak manis.
Padamnipis2 biskutnya sedap tu
BalasPadamMemang sedap, makan sebungkus tak cukup.
PadamBetul-betul sedap tu nampaknya. Bolehlah mencari, nak juga rasa kesedapannya. Kopi O pekat celik mata dibuatnya.
BalasPadamCari tau Fiza.
PadamPada Kak Amie memang sedaplah. Yang original tu ada rasa manis, nampak butiran gula pasir yang halus-halus. Yang satu lagi, memang suka sangatlah Kak Amie makan.
Biskuit mirip begini ada dijual juga, dan saya sukaaaaa. Rasanya memang ringan ya kak Amie, agak sedikit asin, ada terselip manis pula. Dikiiiiit je .
BalasPadamMemang enak utk Snack ringan atau teman minum kopi bagi saya. Tapi tak sepekat kopi suami kakak, itu saya belum mampu minumnya 😂
alahaiiiii sedapnyaaaa kalau dpt cicah dgn air kopiiiiiiii
BalasPadam