Pages

Jumaat, 18 Ogos 2023

Sekeping Biskut Seribu Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua minggu lepas, seorang bekas murid berkunjung ke sekolah. Murid ini seorang lelaki, penuntut tahun akhir di sebuah institusi pengajian tinggi dan bakal menjadi guru. Damian Lim namanya. Ketika itu Amie sedang relief murid dari dua buah kelas di kantin, dia mendekati. Kami berbual-bual, bertanya khabar dan perkembangan pengajiannya.

Cikgu, saya masih ingat cikgu selalu bawa makanan untuk kami. Bla...bla... bla...bla!

Setelah Damian Lim berlalu, tiba-tiba kita rasa sebak. Menitik jugalah setitis dua air mata. Pada masa yang sama, terbayang satu persatu wajah-wajah bekas anak didik yang kini berada entah di mana-mana. Rasa rindu suasana ketika bersama mereka. Gurau senda. Marah-marah sayang. Semuanya datang silih berganti.

Amie selalu pesan supaya bawa bekal air kosong. Dan Amie juga selalu ingatkan supaya minum air kalau rasa mengantuk. Air kosong dapat melancarkan pengaliran oksigen dalam darah. Air kosong turut membantu membersihkan buah pinggang. Amie benarkan murid minum air kosong pada bila-bila masa di dalam kelas.

Kalau kelas bermula pada pukul 6:45 pagi, Amie akan masuk kelas pada pukul 6:30 pagi. Kalau kelas selepas rehat bermula pada pukul 9:45 pagi, Amie sudah berada di kelas pada pukul 9:30 pagi. Amie sengaja bawa makanan seperti biskut, kuih, coklat dan sebagainya. Sebelum kelas bermula, sesiapa yang hendak makan boleh ambil. Kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, Amie tempahkan anak-anak murid Amie nasi lemak atau nasi kuning. 

Tahun lepas, Amie perasan ada seorang murid yang sentiasa menanti Amie keluarkan makanan dari bakul yang selalu Amie bawa dalam kelas. Murid ini tidak pernah lulus dalam setiap peperiksaan walaupun peperiksaan percubaan SPM. Apa sahaja Amie bawa, dia mesti ambil dan makan termasuk pisang dan buah-buahan lain. Dia cukup berselera sewaktu makan. Melihat pakaian dan kasutnya yang lusuh, Amie tahu keluarganya bukan orang senang. Dan memang dia jarang ke kantin membeli makanan.

Beberapa kali Amie bergurau dengannya :
Sedap tak biskut?
Sedapkah coklat?
Sedapkah kuih?
Sedapkah tembikai?

Dia mesti jawab: Sedap cikgu!
Dalam hati, kita mengharapkan mudah-mudahan luluslah murid ini dalam peperiksaan SPM nanti.

Pada hari keputusan diumumkan, murid tersebut datang berjumpa Amie.

Cikgu, saya lulus subjek XYZ.
Betulkah?
Betul cikgu.
Dia tunjukkan slip keputusan SPMnya.
Saya dapat B cikgu.
Oh! Tahniah... tahniah!

Butter Cookies &  Teh



Sampai sekarang, setiap hari Amie akan bawa sekurang-kurang satu balang kecil berisi biskut. Tidak kiralah apa jenis biskut yang ada di rumah. Amie memang sengaja beli beberapa jenis biskut, coklat, gula-gula dan pelbagai jenis kudapan lain untuk anak murid Amie.


Oleh kerana mereka sentiasa membawa bekal air kosong, jadi tidaklah tercekik apabila menelan biskut... ahaks! Bolehlah minum air yang mereka bawa.


Minggu ini Amie bawa butter cookies pula. Tidak sampai tiga minit, bekas yang beredar dari satu tangan ke satu tangan habis licin.


Ya Allah. Mudah-mudahan semua anak didikku terang hati, dapat menerima ilmu dengan mudah, dan bermanfaat untuk kehidupan mereka pada masa akan datang.

8 ulasan:

  1. Senang ya rasanya melihat anak didik bisa lulus dan sukses...wah minum teh dan celup biskuit itu kebiasaan saya juga😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar mbak. Rasanya, apabila anak didik lulus itulah puncak kegembiraan seorang guru.

      Padam
  2. Guru guru yg baik Dan penyayang akan diingat Seumur hidup anak muridnya..

    BalasPadam
  3. kenapa laa kak amie ni x jd cikgu sy dulu... kan best hari2 dpt mkn biskut hahaha gurau je...

    mungkin 1 hari nnt dia dah berjaya dia pasti akn dtg kak amies... percayalah!

    BalasPadam
  4. Orang kata, berkongsi itu mengasihi. Jadi, semuanya untuk murid-murid yang dikasihi.

    BalasPadam
  5. Sebak pula membacanya kak Amie. Alhamdulillah..syukur anak murid kak Amie berjaya juga akhirnya. Berkat doa guru dan usaha murid.

    Seronok jadi anak murid kak Amie. Semoga Allah limpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan buat kak Amie sekeluarga yang suka berkongsi rezeki. Aamiin...

    BalasPadam