Bismillahirrahmanirrahim.
Barangkali buah mangga manila jiran belakang rumah sudah mulai masak di pokok. Seronoklah kami dengan jiran sebelah mengutip buah mangga manila yang jatuh. Saiznya kecil sahaja tetapi isinya cantik sempurna tidak berorang, dan rasanya manis.
Apa yang menarik perhatian Amie ialah pada hari pertama, Encik Suami kutip sebiji. Hari kedua, dapat dua biji dan hari ketiga, tiga biji!
Apa yang menarik perhatian Amie ialah pada hari pertama, Encik Suami kutip sebiji. Hari kedua, dapat dua biji dan hari ketiga, tiga biji!
Kutipan mangga manila pada hari pertama. |
Isinya masak sempurna, dan rasanya manis. |
Mangga manila yang gugur pada hari kedua, ada dua biji. |
Ini mangga manila yang gugur hari ketiga, ada tiga biji! |
Selama bertahun-tahun berjiran, semua mangga manila yang gugur di tanah kami elok sempurna belaka. |
Terima kasih jiran yang murah hati. Walaupun jarang bersua, tetapi buah mangga manila menjadi penghubung silaturrahim di antara kita.
Teruslah berbuah wahai pokok mangga manila! Semoga tuanmu akan sentiasa bertambah rezeki.
seronoklah dapat mangga free...jiran saya tanam pokok bunga je ahaksss
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki dikongsi bersama.
Cantiknya isi dia..takde cacat cela dan xde makhluk asing kat dalam tu kan kak..mesti sedap betul ni
BalasPadamMemang jarang ada makhluk asing dalam mangga manila ni SA.
PadamRasanya sedap, lemak manis.
Bertahun-tahun berbuah, elok semuanya. Memang beruntung sungguh ni kak.
BalasPadamSyoklah..hasil tuaian ikut hari 😃
Syok kan Ujie.
PadamKalau hari pertama sebiji, hari kedua dua biji, harap hari ketujuh gugurlah tujuh biji!
Rezeki punya jiran yang berbakti pada tanah dan berbaik dengan jiran.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamRezeki dikongsi bersama.
Alhamdulillah... rezeki berbakti pd tanah dan rezeki jiran yg baik... Mst lepas ni kak amie buat pulut mangga... hehehe
BalasPadamHehehee... beras pulut dah habis. Kalau mangga banyak gugur, kena cari beras pulut buat pulut mangga pula.
PadamRezeki dapat jiran yang baik dan berkongsi rezeki. Semoga terus subur pokoknya dan berbuah lebat lagi. Kalau tanya saya nama mangga, mesti tak tahu namanya. Macam lama juga tak makan mangga macam ni.
BalasPadamMemang banyak jenis mangga.
PadamTapi mangga manila ini unik betul. Saiznya kecil comel. Gugur ke bumi dalam keadaan kulit masih hijau, tapi isinya masak warna kuning oren, lemak manis rasanya.
Koq jadi berurutan jatuhnya ya kak.😀..manis dan segeeeerr
BalasPadamItulah, macam menarik pula jatuh berurutan.
PadamBiasanya tidak begitu.
Semoga semakin lebat berbuah pokok mangga manila. Semoga terus tidak berorang. Tengok nanti hari kesepuluh pulak, Kak Amie.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamNanti saya tunggu dia gugur hari kesepuluh ye SK.
cantik betul kejadiannya... dari thn berapa kak amie start tanam pokok ni?
BalasPadamPokok mangga jiran. Bukan pokok kami tanam.
Padam