Pages

Rabu, 12 Julai 2023

Cendawan Enoki Goreng Salut Tepung

Bismillahirrahmanirrahim.
Gara-gara suka sangat makan cendawan enoki goreng salut tepung di:

maka kita pun cubalah buat sendiri di dapur.  Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya. Disebabkan tamak haloba, walaupun kali pertama goreng tapi kita terus gunakan tiga bungkus cendawan enoki. Jadi, tak habislah dimakan. Bakinya Encik Suami simpan dalam bekas kedap udara. Keesokan harinya masih rangup apabila dikunyah. Tak habis juga, tutup lagi bekasnya. Lusanya makan lagi, masih rangup juga!

Cendawan Enoki Goreng Salut Tepung

Mula-mula potong bahagian bawah cendawan enoki supaya senang batang cendawan dicerai-ceraikan. Amie gunakan tiga bungkus cendawan enoki.

Cendawan enoki yang sudah dicerai-ceraikan.

Pecahkan dua biji telur gred AA. Pukul ringan.

Sediakan tepung serbaguna secukupnya. Amie gunakan tepung BESTARI.



Cara menggoreng cendawan enoki:

  1. Tuangkan telur yang dipukul tadi ke atas cendawan enoki, dan gaul perlahan sehingga cendawan tersalut telur. 
  2. Seterusnya, panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. 
  3. Ambil sedikit cendawan enoki yang sudah disalut telur dan gaul di atas tepung BESTARI. 
  4. Ulangi langkah 3 sehingga 2 atau 3 kali. Jangan masukkan terlalu banyak cendawan enoki di dalam kuali (supaya bahan gorengan mempunyai ruang untuk bernafas di dalam minyak).
  5. Kemudian goreng hingga kuning keemasan. 
  6. Ulangi langkah 3 hingga selesai.
Cendawan Enoki Goreng Amie's Little Kitchen

Amie gaulkan cendawan enoki dengan tepung BESTARI agak tebal, jadi tebal sedikitlah hasil cendawan enoki gorengnya. Kalau di Fire Chicken, cendawan enoki goreng nampak halus-halus dan cantik. Tak apalah, lain kali kita cuba hasilkan cendawan enoki goreng yang lebih cantik!


Cendawan Enoki Goreng Fire Chicken


20 ulasan:

  1. Oh, boleh tiru ni.. mambang mana mambang?? hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiru ye. Jangan tak tiru.
      Lari-lari pulak si mambang ni.

      Padam
  2. Sedap rangup jadi kudapan r makan dgn nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI.
      Boleh makan begitu saja atau makan dengan nasi.

      Padam
  3. adik bongsu sy suka buat ni... akaknya ni x brp gemar goreng menggoreng... rasa mcm leceh je... hihihi... tp betul anak² suka ni... mmg sesuai utk ratah² begitu saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat Firdaus suka makan cendawan enoki goreng dan tak sempat nak bawa dia makan sama di kedai. Jadi, rajinkan diri goreng di dapur sendiri. Suka sangat Firdaus.

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih Uncle. Sudah dibetulkan ejaannya hehehehe.

      Padam
  5. Fav Dania ni Kak Amie...dia yang teruja buat kalau tiba nak makan cendawan enoki goreng tepung ni

    BalasPadam
  6. Saya tak pernah makan cendawan enoki celup tepung. Kalau cendawan tiram celup tepung, pernah. Hehe. Nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini lebih sedap saya rasa Nur. Lebih garing dan rangup.

      Padam
  7. tak pernah terpikir enoki boleh goreng salut tepung. boleh try la kot nanti. sbb selalunya makan buat rencah meehon tomyam ank2 je. tq for the recipe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan.
      Tak rugi mencuba sebab memang sedap.

      Padam
  8. Waahhh.. rajin CA leraikan satu persatu, biasa saya goreng carikkan beberapa bahagian jadi macam tangkai je sebab nak cepat habis goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Potong tinggi sedikit dari pangkalnya. Jadi terus lerai sendiri tak perlu diseraikan satu-satu.

      Padam
  9. Wahh rangup sampai hari ketiga tu. Bagus boleh simpan lama sikit kalau tak habis. Pernah buat juga tapi saya ceraikan besar-besar sikit tak letak telur. Nanti boleh cuba cara kak Amie pulak. Terima kasih resipinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ketiga baru habis makan. Tak tahulah masih rangup atau tidak kalau simpan untuk hari keempat dan seterusnya. Cubalah Fiza. sedap tau.

      Padam
  10. nak try laa buat. selalu cendawan tiram je

    BalasPadam