Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari ini merupakan cerita lama. Cerita tentang makan malam bersama Encik Suami dan Firdaus sempena ulang tahun Encik Suami pada 17 Jun 2023 yang lalu. Sebelah petangnya kami minum petang di The Beanery Cafe. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Amie minta Firdaus beritahu Encik Suami supaya bersiap untuk keluar makan malam selepas solat maghrib.
Amie sudah membuat tempahan untuk makan malam kami bertiga di Hawa's Artisan Cafe. Sudah dua kali Encik Suami hantar Amie makan malam di sini: MALACCAN MELTING POT - HAWA'S ARTISAN KITCHEN dan di sini: MALAM KENANGAN DI HAWA'S ARTISAN KITCHEN, Jadi kali ini giliran Encik Suami pula untuk diraikan.
Selamat ulang tahun Encik Suami. |
Lagu-lagu P. Ramle dipasang di ruang tamu. Bunyinya yang sayup-sayup merdu menjadi halwa telinga yang mengasyikkan. |
Encik Suami rasa seronok menikmati makan malam di sini. Katanya suasana sangat santai dengan layanan terbaik! Satu lagi, katanya lagu-lagu P. Ramlee yang dimainkan sepanjang berada di situ sangat menggamit perasaan!
Lebih menyentuh jiwa, kerana kami pernah menyewa rumah di kawasan perumahan ini. Mula-mula kami menyewa di rumah No 9. Ketika Abang Farid berumur dua tahun, kami pindah di rumah No 29 di taman yang sama. Hawa's Artisan Kitchen berada di No 69 bertapak di kawasan rumah banglo. Setiap hari Amie dan Encik Suami lalu di hadapan banglo ini untuk ke sekolah sebelum kami berpindah ke rumah sendiri di taman perumahan lain.
Buat pertama kalinya juga Encik Suami dan Firdaus minum air bunga telang. Minuman sejuk yang menyegarkan ini ditambah dengan air gula dan jus limau kasturi sebagai penambah rasa lebih sempurna. Tidak sangka, Firdaus minum berkali-kali dan tiga botol air bunga telang habis diminum oleh kami bertiga. Firdaus paling banyak menuang air bunga telang ke dalam gelasnya.
Firdaus minum air bunga telang yang ditambah air gula dan jus limau kasturi. |
Sambal Tumis |
Sebelum hidangan utama tiba di meja, Firdaus sudah menghabiskan semangkuk keropok bawang cicah dengan sambal tumis. Katanya, walaupun pedas tetapi sangat sedap!
Inilah Wedding Rice, hidangan yang disajikan untuk semua pelanggan pada malam tersebut.
Nasi dibungkus dengan daun pisang dan masih panas ketika dihidangkan. Didatangkan bersama semangkuk (tempurung kelapa) ayam masak kari dihias daun pudina dan sekeping cendawan enoki goreng celup tepung.
Selain ayam masak kari dan cendawan enoki, acar timun dan pajeri nanas dihidangkan sebagai pelengkapnya. Timun dipotong dadu dan ditambah dengan perasa (samada cuka atau jus limau kasturi), dan ditambah dengan daun pudina. Aromanya sangat menggoda selera. Encik Suami minta tambah acar timun!
Wedding Rice |
Pajeri Nanas |
Istimewanya Pajeri Nanas diletakkan di atas daun oregano! Dan seperti biasa, kami boleh meminta makanan tambahan dari semasa ke semasa. Firdaus diberi pilihan sama ada hendak makan nasi dengan ayam masak kari atau dengan ayam goreng. Sudah tentulah Firdaus memilih ayam goreng!
Malam itu Firdaus makan bersungguh-sungguh sehingga berpeluh-peluh! Apa tidaknya. Firdaus minta tambah nasi dan sambal tumis. Walaupun pedas, tetap juga hendak dihabiskan sambal tumisnya itu.
Selepas mengelap tangan dengan tuala basah, kami diberi pilihan samada hendak makan ais krim durian kampung, ais krim durian belanda, ais krim buah naga atau ais krim nanas. Amie memilih ais krim durian kampung. Firdaus dan Encik Suami memilih ais krim durian belanda. Setiap bekas ais krim didatangkan bersama sepotong kecil kek sarang semut yang mamsih panas.
Ais Krim Durian Kampung & Kek Sarang Semut |
Boleh pilih kopi.
Atau teh moringa.
Teh Moringa |
Malam itu, melihat Firdaus dan Encik Suami berkali-kali menambah air bunga telang ke dalam cawan, Amie terus tekad untuk buat sendiri minuman bunga telang di rumah. Banyak bunga telang berguguran di Taman Firdaus! Bolehlah petik yang segar di pokok untuk dijadikan jus.
Wah! Tahan pedas pulak Daus ni!
BalasPadamsemua nampak sedap. kenapa namanya wedding rice ye?
BalasPadamPatutlah nampak Daus dah gendut sikit perutnya, selera bertambah, mungkin Daus nak membesar macam abang-abang.. tak lama lebih tinggi dari mommy dan babah ni. Wedding Rice tu unik, ingatkan macam nasi kenduri kahwin tapi dibungkus dalam daun pisang macam nasi lemak.
BalasPadamuniknya restoren ni.
BalasPadamsedap pula nengok aiskrim digandingkan dengan kek sarang semut.
Semangat Firdaus makan pedas ye.. Sampai terbongkok-bongkok.. Sedap rupanya air bunga telang yang dicampurkan limau.. Menarik tu..
BalasPadamkak, bilamana membuat jus bunga telang? saya ingin tahu
BalasPadamkalau firdaus pun bertambah, saya apatah lagi! dah laa presentation pun cantik. mmg berseleralah kalau makan kat sini ;-)
BalasPadamAlhamdulillah dapat meraikan bersama. Makanan yang dihidangkan pun menarik dan istimewa bersesuaian dengan sambutan ulangtahun. Wahhh...mesti sedap sampai bertambah-tambah Firdaus minum air bunga telang. Belum lagi merasa air bunga telang. Fuhhh..berselera Firdaus makan.
BalasPadamini memang betul2 balik kampung enjoy makan ni Firdaus..SA yang tengok plak jadi teruja nak makan...hahahaha
BalasPadam